[BULETIN] MESUT OZIL TERIMA ANUGERAH SUKAN LAUREUS

Bintang tengah Arsenal dan Jerman, Mesut Ozil telah dipilih untuk menerima Anugerah Sukan Laureus atas inisiatifnya membiayai perubatan 23 kanak-kanak di Brazil. Ketika kempen Piala Dunia di Brazil Jun lalu, Mesut Ozil berkerjasama dengan organisasi ‘BigShoe’ telah mengadakan kerja amalnya untuk membantu kesihatan kanak-kanak di kawasan terpencil di Brazil.

“Kami telah mendapat idea untuk membantu 23 kanak-kanak kerana kami mempunyai 23 pemain (skuad Piala Dunia Jerman) dalam pasukan,” ungkap Ozil menerusi akaun twitter rasminya.

“Saya sangat bersyukur. Doktor juga telah melaksanakan tugas dengan baik. Saya sangat gembira kerana ia memberi kebaikan kepada kanak-kanak.”

“Penghargaan ini telah mendapat tempat yang istimewa di rumah saya. Terima kasih Laureus atas pengiktirafan ini. Saya berjanji akan meneruskan projek ini untuk kanak-kanak yang kurang bernasib baik pada masa akan datang.”

Anugerah Sukan Laureus diadakan setiap tahun bagi mengiktiraf atlet lelaki dan wanita yang aktif dalam kerja-kerja amal. Anugerah ini dikelola oleh Yayasan Kebajikan Oleh Laureus Sports untuk mengiktiraf atlet, editor sukan, penulis, wartawan dan penyiar rankaian sukan.

This entry was posted in Uncategorized and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply