[BULETIN] BENIK AFOBE MENGGANAS BERSAMA MK DONS

Benik-Afobe-MK-Dons-vs-Man-UnitedMusim ini menjadi detik terbaik dalam karier penyerang muda Arsenal, Benik Afobe. Penyerang berusia 21 tahun itu kini dipinjamkan ke kelab League One, MK Dons tampil mengganas dengan meledak 15 gol dalam 20 perlawanan setakat ini. Lantaran itu, Benik Afobe mengakui dirinya berpuas hati dengan prestasi semasanya dan berharap dalam disenaraikan dalam skuad utama The Gunners.

 “Ketika ini saya sangat gembira dengan kehidupan di sini namun sudah tentu saya ingin kembali ke Arsenal pada musim panas nanti,” kata Afobe menerusi laman rasmi Arsenal.com.

“Saya mahu membuktikannya bahawa mereka benar-benar memberi kepercayaan kepada saya. Anda boleh berlatih sebaik mungkin atau berkerja sekuat mungkin tetapi tanpa peluang untuk beraksi saya tidak dapat berkembang.”

“Bermain setiap minggu menjadikan saya menjadi seorang pemain yang bersedia untuk bermain bola sepak,” kata penyerang berusia 21 tahun itu lagi.

Benik Afobe menyertai akademi Arsenal FC pada 1 Mei 2001 ketika berusia 6 tahun sebelum menandatangani kontrak profesional pada Februari 2010. Meskipun belum mendapat debut dalam skuad utama The Gunners, Afobe pernah menghabiskan tempoh pinjaman bersama Huddersfield United (2010-11), Reading (2012), Bolton Wanderers (2012-13), Millwall (2013) dan Sheffield Wednesday (2014).

This entry was posted in Buletin and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply