[BULETIN] ARSENAL BAKAL TANDATANGANI BROOKLYN BECKHAM

Brooklyn+Romeo+David++Beckham+CruzBrooklyn Beckham dilaporkan bakal menandatangani kontrak selama setahun untuk menyertai akademi Arsenal meskipun turut menarik minat Chelsea dan bekas kelab bapanya David Beckham, Manchester United. Anak sulung kepada pasangan David-Victoria Beckham itu sudah mula menjalani latihan bersama The Gunners selain pernah menjalani sesi ujian bersaa Chelsea, Manhester United, Queens Park Rangers dan Fulham.

Meskipun bapanya, David Beckham melakar kegemilangan di Old Trafford namun keluarga Beckham memiliki hubungan yang rapat dengan Arsenal. Adik bongsunya, Cruz, 9 merupakan sebahagian daripada anggota skuad bawah 10 tahun Arsenal manakala Romeo, 12, pula kini beraksi bersama skuad bawah 13 tahun Arsenal. Brooklyn yang baru menginjak usia 15 tahun itu berjaya memikat skuad pencari bakat Arsenal memiliki kebolehan untuk beraksi di posisi sayap kanan.

“Brooklyn merupakan seorang pemain yang berbakat dan dia menyertai sesi latihan serta beraksi dalam semua perlawanan. Ada beberapa kelab lain yang berminat dengannya, jadi tidak timbul persoalan jika dia tidak menandatangani kontrak bersama kelab besar,” menurut sumber Arsenal tersebut.

”Arsenal menyedari dia berpotensi menjadi pemain berbakat besar. Mereka telah melihat potensi dan mahu melindungi aset mereka itu. Kelab telah menandatanganinya, setelah dia turut menarik minat Manchester United dan Chelsea. Pada musim panas akan datang, kita mungkin boleh menyaksikan dia mengikat kontrak dengan satu perjanjian yang besar bersama Arsenal.”

This entry was posted in Buletin and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply