[BULETIN] ARSENAL BURU KHIDMAT PAULO DYBALA

Arsenal dikhabarkan sedang mengintai khidmat penyerang muda Palermo, Paulo Dybala menampilkan aksi memukau dalam saingan Serie A musim ini. Walaupun baru berusia 21 tahun, penyerang muda Argentina itu telah berjaya meledak 5 gol dalam mencipta 2 asisst dalam 15 penampilan setakat ini. Kehadiran Paulo Dybala dilihat bakal memberikan lebih variasi kepada barisan serangan Arsenal.

Anak kelahiran Cordoba, Argentina itu memulakan karier awal bersama kelab tempatan, Instituto Atlético Central Córdoba. Ketika berusia 17 tahun, Dybala telah berjaya meleburkan rekod 38 penampilan dalam liga milik Mario Kempes apabila beraksi dalam 40 perlawanan Liga Perdana Argentina dengan menjaringkan 17 gol. Pada 20 Julai 2012, penyerang muda Argentina itu sah menyertai kelab Serie A, Palermo dengan yuran perpindahan sebanyak €11.9 juta.

The Gunners perlu mengeluarkan perbelanjaan sebanyak £31 juta jika mahu mendapatkan khidmat Paulo Dybala pada musim panas nanti. Namun Arsenal perlu bersaing dengan Southampton dan Liverpool juga turut berminat untuk mendapatkan penyerang berusia 21 tahun itu. Hasrat Arsenal untuk mendapatkan lampu hijau dari pemilik Palermo, Maurizio Zamparini yang menilai Paulo Dybala setanding dengan Cristiano Ronaldo, Lionel Messi dan Zlatan Ibrahimovic.

“Dalam 2 tahun akan datang, dia (Dybala) akan menjadi lebih baik daripada Cristiano Ronaldo, Lionel Messi dan Zlatan Ibrahimovic. Anda perlu mengeluarkan £31 juta untuk mengambilnya dari kami. Dia merupakan penyerang terbaik kami di Serie A,” kata Zamparini.

This entry was posted in Buletin and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply