[BERITA] 22 PEMAIN HARIMAU MALAYA KE PIALA AFF SUZUKI 2014

Dollah-Salleh-bersama-latihan-Harimau-MalayaKetua jurulatih skuad Harimau Malaya, Dollah Salleh telah mengumumkan senarai akhir 22 pemain yang akan menggalas cabaran negara pada Kejohanan Bola Sepak Piala AFF Suzuki 2014 di Singapura yang bakal berlangsung dari 23 hingga 29 Nov ini. Keputusan itu diumumkan selepas beberapa siri perlawanan pemanas badan menyaksikan skuad bimbingan Dollah Salleh tewas 0-3 kepada Syria dan 1-3 kepada Vietnam minggu ini.

Menerusi laman sesawang rasmi, Dollah Salleh telah memilih penjaga gol Pahang, Mohd Khairul Azhan Mohd Khalid, Mohd Farizal Marlias (Selangor) dan Khairul Fahmi Che Mat dari Kelantan untuk mempertahankan benteng terakhir negara pada kejohanan dwitahunan itu. Posisi pertahanan pula diisi oleh Mohd Afif Amiruddin (PDRM), Mohamad Muslim Ahmad (PDRM), Mahalli Jasulli (JDT), Mohamad Fadhli Mohd Shas (JDT), Mohd Azmi Muslim (Selangor) serta Muhammad Zubir Mohd Azmi (Terengganu).

Pemain tengah terbaik pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan baru-baru ini, Mohd Badhri Radzi pula bakal mengemudi bahagian tengah bersama-sama Safiq Rahim (JDT), Muhammad Shukor Adan (Felda United FC), Indra Putra Mahayuddin (Felda United FC), Gary Steven Robbat (Harimau Muda A), S. Kunanlan (Selangor), Baddrol Bakhtiar (Kedah), Azamuddin Mohd Akil (Pahang) dan Mohd Hafiz Kamal (Pahang).

Safee-Sali-Malaysia-StrikerBekas penjaring terbanyak Piala AFF Suzuki 2010, Mohd Safee Sali terus mendapat kepercayaan bersama-sama dua rakan sepasukan di JDT, Norshahrul Idlan Talaha dan Mohd Amri Yahyah selain pemain Terengganu, Abdul Manaf Mamat bagi posisi penyerang. Sementara itu, tonggak pertahanan JDT, Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak serta pemain sayap Pahang, R.Gopinathan terpaksa disishkan kerana mengalami kecederaan.

Pemain lincah Kedah, Mohd Farhan Roslan yang mendapat jolokan ‘Messi Kedah’ turut digugurkan daripada senarai akhir 22 pemain lantaran tidak memiliki pengalaman yang luas bersama-sama seorang lagi pemain muda yang beraksi bersama Kelantan, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria. Malayia diundi dalam kumpulan B bersama-sama dua bekas juara, Thailand dan Singapura selain Myammar.

JADUAL PERLAWANAN MALAYSIA PERINGKAT PIALA AFF SUZUKI 2014

23 Nov 2014 : Malaysia vs Myammar – 5.00 petang (Stadium Jalan Besar)
26 Nov 2014 : Malaysia vs Thailand – 5.00 petang (Stadium Jalan Besar)
29 Nov 2014 : Singapura vs Malaysia – 8.00 malam (Stadium Nasional Singapura)

SENARAI AKHIR 22 PEMAIN MALAYSIA KE PIALA AFF SUZUKI 2014

Penjaga Gol : Mohd Farizal Marlias (Selangor), Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan), Mohd Khairul Azhan Mohd Khalid (Pahang)

Pertahanan : Mohd Afif Amiruddin (PDRM), Mohd Muslim Ahmad (PDRM), Mahalli Jasulli (JDT), Mohamad Fadhli Mohd Shas (JDT), Muhammad Zubir Mohd Azmi (Terengganu), Mohd Azmi Muslim (Selangor)

Pemain Tengah : Safiq Rahim (JDT), Muhammad Shukor Adan (Felda United FC), Indra Putra Mahayuddin (Felda United FC), Mohd Badhri Mohd Radzi (Kelantan), Gary Steven Robbat (Harimau Muda A), S.Kunanlan (Selangor), Baddrol Bakhtiar (Kedah), Azamuddin Mohd Akil (Pahang), Mohd Hafiz Kamal (Pahang)

Penyerang : Norshahrul Idlan Talaha (JDT), Mohd Safee Mohd Sali (JDT), Mohd Amri Yahyah (JDT), Abdul Manaf Mamat (Terengganu)

Incoming search terms:

  • biodata farhan roslan
  • farhan roslan biodata
This entry was posted in Berita and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply