[KOMENTAR] ALEXIS SANCHEZ PEMBELIAN BERNILAI ARSENAL

Alexis-Sanchez-vs-Sunderland-2014 Lagenda Liverpool, Gaeme Souness menilai kehadiran Alexis Sanchez mampu meningkatkan prestasi rakan-rakan sepasukan di Arsenal. Penyerang antarabangsa Chile pantas menyesuaikan diri dengan kehidupan di Stadium Emirates dengan menjaringkan 13 gol setakat ini sejak tiba dari Barcelona dengan yuran peprindahan sebanyak £32.5 juta. lantaran itu, Souness menilai Alexis sebagai pemain yang berharga untuk The Gunners.

“Dia (Alexis) merupakan nilai tambah untuk Arsenal tahun ini. Dia menjaringkan semua gol dan dia turut membuatkan pemain lain tampil cemerlang kerana persembahan cemerlang mempengaruhi pemain lain,” kata Souness kepada Sky Sports baru-baru ini.

“Dia tidak pernah berhenti bergerak, dia tidak mudah menyerah kalah kepada sesiapa pun dan anda melihat apa erti gol baginya. Dia hidup dan bernafas dari bola sepak dan pastinya sangat mudah untuk bermain bersama-samanya. Dan itu membuat pemain lain bermain dengan bagus.

Arsenal-celebration-against-Anderlecht-2014“Jika anda memiliki seseorang pemain yang muncul setiap hari, dia akan menjadi yang pertama muncul dan melakukan semua latihan dengan baik. Dia menunjukan antusiasme yang hebat. Hal ini akan menular kepada pemain-pemain yang kurang bersinar. Mereka yang tidak memiliki semangat yang sama. Pemain sepertinya sangat bernilai dalam pasukan anda.”

Sementara itu, mantan pemain Chelsea, Tony Cascarino mengakui bahawa pengurus Arsenal, Arsene Wenger akan melihat Alexis Sanchez sebagai antara pemain terbaik yang pernah ditandatanganinya. Penyerang berusia 25 tahun mencuri tumpuan dengan menjaringkan 8 gol dan mencipta 2 assist dalam 11 perlawanan Liga Perdana Inggeris setakat ini. Kehadiran Alexis Sanchez dari Barcelona pada musim panas lalu jelas berjaya memberi impak kepada persembahan The Gunners musim ini.

“Arsene Wenger akan melihatnya¬† dan berfikir bahawa Sanchez adalah salah satu pemain terbaik yang pernah ditandatanganinya. Dia kelihatan membuatkan Arsenal berkerja lebih keras sbagai satu pasukan. Dan in akan berlanjutan hingga ke penghujung permainan,” kata Cascarino baru-baru ini.

This entry was posted in Komentar and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply