[CORETAN] MENGAPA SAYA MENANDATANGANI ALEXIS – WENGER

Alexis-Sanchez-signed-with-ArsenalPengurus Arsenal, Arsene Wenger mengakui gaya permainan yang versetail menjadi faktor utama mengapa dia menandatangani pemain antarabangsa Chile itu. Bekas penyerang antarabangsa Barcelona dan Udinese bersedia untuk melakukan penampilan bersama The Gunners dalam kejohanan Piala Emirates 2014 pada Ahad ini sejak memetrai perjanjian bersama Arsenal pada 10 Julai yang lalu.

Penyerang berusia 25 tahun itu cemerlang sepanjang kempen Piala Dunia 2014 dengan membantu Chile mara ke pusingan kedua sebelum disingkarkan tuan rumah, Brazil. Menurut Wenger, Sanchez merupakan seorang pemain yang versetail yang mampu beraksi dengan baik di posisi sayap atau center foward sekaligus bakal memberikan dimensi baru buat jentera serangan Arsenal.

“Dia (Sanchez) seorang penyerang dan dia memiliki sentuhan penyudah yang bagus. Dia memberikan satu tanggapan yang hebat sejak di Itali – Saya melihatnya dari situ dan dia cukup cemerlang,” ungkap Wenger menerusi laman rasmi Arsenal.com.

Alexis-Sanchez-Chile-v-Germany-2014“Namun, di Barcelona (kehidupannya) sedikit sukar. Tetapi anda boleh lihat bagaimana Neymar di Barcelona kerana mereka sudah memiliki Messi. Anda boleh lihat bagaimana Neymar di Brazil dan Neymar di Barcelona.”

“Saya suka melihat dia (Sanchez) boleh beraksi di kiri, kanan dan depan, jadi itulah sebab mengapa saya berusaha mendapatkannya. Ketika ini, saya mahu melihatnya dia beraksi di kedua-dua posisi.”

“Saya menandatangani dia juga kerana dia merupakan seorang pemain yang memiliki kualiti seperti (Theo) Walcott. Dia boleh melarikan bola mengatasi pertahanan lawan. Dengan kualiti seperti itu, dia sangat penting bagi kami.”

“Saya cuba untuk memberi peluang kepada untuk mengambil bahagian Ahad ini, mungkin untuk beberapa minit,” kata pengurus Arsenal itu lagi.

Sumber : www.arsenal.com

This entry was posted in Coretan and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply