[PERSPEKTIF] ALEXIS SANCHEZ BANTU ARSENAL LEBIH KOMPETATIF

Alexis-Sanchez-Chile-v-Germany-2014Pemain tengah Arsenal, Santi Cazorla melaungkan keyakinan bahawa ketibaan Alexis Sanchez akan membantu Arsenal untuk menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris yang pertama sejak kali terakhir pada musim 2003/04. Semalam, Arsenal telah berjaya melengkapkan penyerang antarabangsa Chile itu dari Barcelona dengan yuran perpindahan yang tidak didedahkan namun dianggarkan bernilai £32.5 juta.

Ketibaan Alexis Sanchez itu meletakan dirinya selaku pemain kedua termahal The Gunners selepas Mesut Ozil yang menyertai Arsenal pada musim panas lalu dengan yuran perpindahan sebanyak £42.5 juta. Penyerang antarabangsa Chile itu cemerlang membantu negaranya mara ke pusingan kedua 16 pasukan terbaik pada kempen Piala Dunia 2014 sebelum disingkirkan oleh tuan rumah, Brazil.

Musim lalu, Arsenal berjaya menguasai persada Liga Perdana Inggeris selama 5 bulan sebelum kehilangan tahta pada Februari 2014 lantaran krisis kecederaan yang melanda pemain-pemain tonggak serta ketumpulan jentera serangan yang diketuai oleh Olivier Giroud. Namun, musim ini Arsenal tampak lebih tajam dengan kehadiran Sanchez dan disertai dengan kepulangan Walcott akan membantu Giroud dan Podolski di barisan hadapan The Gunners.

Alexis-Sanchez-Chile-2014“Pembelian (Alexis) sangat penting. Dia merupakan seorang pemain berkelas dunia – seperti yang saya katakan sebelum ini. Kehadirannya di Arsenal akan memberikan perbezaan kerana dia merupakan pemain seperti itu,” kata Santi Cazorla kepada ketika perlancaran jersi baru Arsenal, semalam.

“Jika anda membawa pemain yang berada di tahap yang luar biasa, maka secara automatiknya pasukan akan menjadi luar biasa. Lebih ramai pemain berkualiti yang anda miliki dalam skuad, maka anda boleh bersaing dengan lebih kompetatif dan kami tidak bernasib baik kerana ramai pemain utama yang cedera.”

“Dengan memiliki pemain yang lincah seperti Alexis akan memberikan kelebihan ketika kami menyerang. Jelasnya kami mampu menjadi juara. Jika kami mempunyai skuad yang lebih baik dari musim lalu, mengapa kami tidak boleh menjadi juara?” ungkap Cazorla lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply