[PERSPEKTIF] KETIBAAN SANCHEZ BUKTI CITA-CITA TINGGI ARSENAL

Alexis-Sanchez-Chile-2014Pemain tengah Arsenal, Mathieu Flamini menyambut gembira kejayaan The Gunners menandatangani Alexis Sanchez. Penyerang antarabangsa Chile berusia 25 tahun itu ditandatangani dari Barcelona dengan yuran perpindahan sekitar £32.5 juta. Flamini berpendapat bahawa ketibaan Alexis Sanchez membuktikan bukti Arsenal sememangnya bercita-cita tinggi untuk mencabar kejuaraan musim depan.

“(Berita) ini cukup mengembirakan. Ini membuktikan bahawa Arsenal sememangnya mempunyai cita-cita tinggi,” kata Flamini kepada talkSPORT.

“Alexis Sanchez merupakan seorang pemain yang bagus dan mendapatkannya merupakan satu keuntungan besar kepada kami. Itu tanda cita-cita besar kami, lembaga pengarah dan kami mahu memenangi kejuaraan.”

“Kami sangat gembira dan menyambut dia dalam pasukan. Kami memiliki skuad yang berkualiti dan kami mampu melakukan sesuatu yang sangat positif musim depan.”

“Saya pernah menghadapi dia (Alexis) ketika bermain di Itali bersama AC Milan. Saya tidak ingat apa yang berlaku tetapi saya tahu dia sukar untuk diatasi,” kata Flamini lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply