[PERSPEKTIF] JOEL CAMPBELL HAMPIR DIJUAL OLEH WENGER – DIXON

Joel-Campbell-World-Cup-2014Di sebalik prestasi yang memukau ditampilkan oleh Joel Campbell sepanjang kempen Piala Dunia 2014, namun Lee Dixon mendedahkan bahawa penyerang muda Costa Rica itu hampir dijual oleh Arsene Wenger. Penyerang muda berusia 22 tahun itu menyertai The Gunners pada 19 Ogos 2011 dari Deportivo Saprissa SAD namun banyak menghabiskan masa selaku pemain pinjaman bersama FC Lorient (2011/12), Real Betis (2012/13) dan Olympiakos (2013/14) lantaran gagal mendapat permit kerja di England.

Joel Campbell yang banyak beraksi di bahagisan sayap kanan Los Ticos telah mencuri tumpuan pemerhati bola sepak dan penyokong-penyokong di Piala Dunia 2014 terutama ketika menjaringkan satu gol dan mencipta 1 assist ketika membantu Costa Rica menewaskan Uruguay 3-1 pada aksi pembukaa kumpulan D. Selain itu, Campbell turut cemerlang ketika pertemuan menentang Itali, England dan Greece dengan banyak mengucar-kacirkan pertahanan lawan.

Lantaran itu, Arsene Wenger bersedia untuk membawa pulang pemain muda Costa Rica itu bagi menghadapi jelajah pra-musim sebelum diserap ke dalam skuad utama Arsenal bagi menghadapi saingan musim 2014/15. Namun, pengurus Arsenal itu pernah mempertimbangkan untuk menjual Joel Campbell kepada Real Betis kira-kira 12 bulan yang lalu. Hal itu didedahkan oleh Arsene Wenger ketika bertemu dengan lagenda Arsenal, Lee Dixon di Brazil baru-baru ini.

Joel-Campbell-Costa-Rica-vs-Uruguay“(Joel) Campbell melakukannya dengan baik. Saya hampir menjualnya suatu ketika dahulu,” kata Wenger kepada Dixon baru-baru ini.

Namun, ketika ditanya sama dia akan mendapat tempat dalam skuad utama Arsenal musim depan, Wenger membalas, “Kita akan lihat nanti.”

Meskipun Joel Campbell berjaya menampilkan aksi memukau di Piala Dunia Brazil 2014 serta cemerlang ketika tempoh pinjaman bersama Olympiakos musim ini namun penyerang muda berusia 22 tahun dijangka akan banyak menghabiskan masa di bangku simpanan. Pengurus Arsenal, Arsene Wenger lebih gemar menggunakan taktikal seorang penyerang dengan Olivier Giroud menjadi pilihan.

Musim ini, Giroud berjaya mempamerkan peningkatan degan menjaringkan 22 gol dan mencipta 9 assist dalam 51 perlawanan. Selain itu, Arsenal turut memiliki ramai pilihan pemain di bahagian sayap termasuk Theo Walcott, Lukas Podolski, Alex Oxlade-Chamberlain, Santi Cazora serta Serge Gnabry. Arsene Wenger juga kemungkinan akan mempertimbangkan untuk menjual Joel Campbell bagi menambah dana untuk mendapat seorang lagi penyerang baru yang berpengalaman.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply