[PERPINDAHAN] ALEXIS SANCHEZ SAH SERTAI ARSENAL

Alexis-Sanchez-signed-with-ArsenalPenyerang antarabangsa Chile, Alexis Sanchez telah bersetuju untuk menyertai Arsenal dengan perjanjian kontrak jangka masa panjang. Meskipun tidak didedahkan namun yuran perpindahan penyerang berusia 25 tahun itu dianggarkan bernilai £32.5 juta. Perjanjian itu bakal menyaksikan Alexis Sanchez muncul sebagai pemain kedua termahal Arsenal selepas Mesut Ozil yang menyertai The Gunners pada jendela perpindahan musim panas 2013.

Alexis Sanchez menyertai Arsenal dari kelab gergasi Sepanyol, Barcelona selepas melakukan 88 penampilan dan menjaringkan 39 gol sepanjang 3 musim bersama The Catalan. Bersama Barcelona, Sanchez berjaya menjulang satu kejuaraan La Liga (2012/13), satu kejuaraan Copa del Rey (2012), dua trofi Piala Super Sepanyol (2011,2013), satu kejuaraan Piala Super Eropah (2011) dan satu Piala Dunia Kelab FIFA (2011).

Alexis-Sanchez-Chile-v-Spain-2014Tampil selaku antara pemain berbakat ketika ini, Sanchez yang baru kembali dari saingan Piala Dunia FIFA 2014 di mana berjaya membantu Chile mara ke pusingan kedua meskipun berada dalam kumpulan sukar bersama Belanda, Sepanyol dan Australia. Penyerang lincah berusia 25 tahun itu telah memiliki 71 caps antarabangsa bersama Chile dengan menjaringkan 24 gol setakat ini

Anak kelahiran Tocopilla, Chile itu telah memulakan karier awal bersama kelab tempatan, Cobreloa sebelum berhijrah ke Serie A bersama Udinese pada 2006. Sepanjang bersama Udinese, Sanchez telah beraksi dalam 112 perlawanan dengan menjaringkan 21 gol. Alexis Sanchez juga pernah dipinjamkan ke kelab Chile, Colo-Colo (2006-07) dan kelab Argentina, River Plate (2007-08).

This entry was posted in Perpindahan and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply