[KOMENTAR] STOICHKOV KRITIK PERPINDAHAN SANCHEZ KE ARSENAL

Alexis-Sanchez-Chile-v-Spain-2014Bekas penyerang Barcelona, Hristo Stoichkov telah mengkritik keputusan pengurusan kelab yang menjual Alexis Sanchez kepada Arsenal. Lagenda Bulgaria itu menilai penyerang antarabangsa Chile itu sebagai salah seorang pemain yang terbaik dalam kesebelasan utama The Catalan. Terdahulu, Arsenal berjaya melengkapkan perpindahan Alexis Sanchez dari Barcelona dengan yuran perpindahan sebanyak £32.5 juta.

Barcelona telah menandatangani Sanchez dari kelab Serie A, Udinese Calcio pada 20 Julai 2011 dengan bayaran sebanyak €26 juta. Sepanjang bersama The Catalan, penyerang berusia 25 tahun itu telah berjaya meledak 47 gol dan mencipta 34 assist dalam 141 perlawanan. Menurut Hristo Stoichkov, mereka yang menjual Alexis Sanchez ke Arsenal sebenarnya tidak memahami apa-apa tentang bola sepak

“Ini kerana mereka tidak memahami tentang bola dan mengapa mereka perlu menjual pemain terbaik yang mereka ada di Barcelona,” kata Stoichkov kepada Spanish TV ketika ditanya mengenai perpindahan Sanchez ke Arsenal.

“Tetapi politik Barcelona memang seperti itu, mereka tidak mahukan pemain seperti (Alexis). Dia merupakan pemain terbaik dari segi kelincahan dan semangat juang. Dia sentiasa berusaha untuk merebut bola dan bermain untuk pasukan.”

“Saya sukakan mentaliti yang dimilikinya. Dia seorang pemain yang tajam dan sentiasa mengutamakan pasukan. Dia meninggalkan kelab (Barcelona) dengan reputasi yang tinggi,” kata bekas penyerang kelahiran Bulgaria itu lagi.

This entry was posted in Komentar and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply