[KOMENTAR] PEMBELIAN SANCHEZ BUKTI ARSENAL MAHU JADI JUARA

Alexis-Sanchez-Chile-2014Menerusi ruangan dalam The Mirror, pengurus Millwall, Ian Holloway berpendapat bahawa pembelian Alexis Sanchez telah mengubah Arsenal menjadi pencabar utama kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim depan. The Gunners telah mengeluarkan pembelanjaan sebanyak £32.5 juta untuk mendapat Sanchez dari Barcelona sekaligus meletakan penyerang antarabangsa Chile itu selaku pemain kedua termahal Arsenal selepas Mesut Ozil.

“Arsenal kini merupakan pencabar utama dalam kejuaraan Liga Perdana Inggeris,” nukil Ian Holloway di ruangan dalam The Mirror.

“Pembelian Alexis Sanchez telah mengubah Arsenal dari pasukan yang menghuni kedudukan empat terbaik kepada pasukan yang mampu menjulang kejuaraan utama liga. Arsenal telah membina pasukan yang hebat musim lalu dan kejayaan memenangi Piala FA merupakan satu langkah yang positif.”

“Tetapi dengan menandatangani pemain hebat seperti Sanchez merupakan satu petanda utama. Saya tidak sabar untuk melihatnya menambah kreativiti di Stadium Emirates,” kata pengurus Millwall itu lagi.

Selain berjaya mendapatkan penyerang kelahiran Chile berusia 25 tahun itu, Arsenal juga giat memburu beberapa lagi nama-nama besar termasuk Mathieu Debuchy, Sami Khedira dan David Ospina bagi mengukuhkan skuad untuk menghadapi saingan musim baru 2014/15.

This entry was posted in Komentar and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply