[FIFA] CUACA MENJADI CABARAN UTAMA DI PIALA DUNIA 2014

Piala-Dunia-FIFA-2014-BrazilSetiap kejohanan utama di pentas antarabangsa pastinya dihimpit kontroversi dan dirundung masalah. Kejohanan Piala Dunia FIFA 2014 yang berlangsung di Brazil dari 13 Jun hingga 11 Julai ini tidak terkecuali daripada menghadapi masalah yang menjadi cabaran buat setiap pasukan yang bertanding. Cabaran utama sepanjang Kejohanan Piala Dunia FIFA ialah masalah cuaca yang mancabar mental dan fizikal pemain-pemain.

Meskipun di Hemisfera Selatan sedang mengalami musim sejuk namun Brazil merupakan negara yang beriklim Tropika dan Subtropika kerana terletak berhampiran garisan Khatulistiwa. Brazil sebuah negara yang luas melangkaui hampir 30 latitud dan lebih 40 longitud dengan memiliki 10 iklim yang berbeza. Perbezaan iklim ini sememangya telah memberi perubahan cuaca di setiap 12 venue perlawanan Piala Dunia FIFA 2014.

peta-iklim-BrazilLantaran itu, cuaca yang panas dan kadar kelembapan udara (humidity) yang tinggi telah mempengaruhi prestasi pemain-pemain. Cuaca yang panas dan kadar kelembapan udara saling berkait rapat. Ketika musim panas dan kering, kadar kelembapan udara menjadi tinggi sementara pada musim sejuk, kadar kelembapan menjadi lebih rendah kerana proses penyejatan, perpeluhan, respirasi dan transpirasi kurang berlaku.

Jika suhu berada di antara 30°C-40°C dengan kadar kelembapan udara yang tinggi, pemain-pemain terpaksa beraksi dalam perlawanan dengan tekanan yang tinggi sekaligus mempengaruhi prestasi pasukan. Kelembapan udara sangat mempengaruhi di mana jika cuaca sejuk, badan akan berpeluh dengan kuat tetapi peluh lambat untuk kering dan terpaksa berkerja keras untuk memastikan badan akan kekal dalam keadaan yang selesa.

Pengurus Itali, Cesare Prandelli pernah mengakui kesukaran yang dihadapi oleh pemain-pemainnya dalam menghadapi saingan di Brazil ketika perlawanan Piala Konfederasi 2013 menyaksikan The Azzurri terpaksa bergelut untuk mencatatkan kemenangan 4-3 ke atas Jepun dengan berkata, “Kami terpaksa berhadapan malam yang gila. Kelembapan udara sesuatu yang perlu kami perlu hadapi, ia sangat sukar sekali.”

Situasi cuaca yang panas dan melampau itu menyaksikan setiap pasukan yang bertanding terpaksa merangka beberapa perancangan untuk menyesuaikan diri dengan keadaan di Brazil. Sebagai contoh, pasukan Itali berlari di atas treadmills di dalam sauna manakala pasukan England pula berlatih dengan memakai beberapa helai baju untuk memberi lebih kebiasaan bagi menghadapi kesan haba kepada tubuh pemain-pemain.

Selain itu, FIFA terpaksa memperkenalkan peraturan ‘Colling Break’ lantaran kepanasan yang melampau sehingga mencecah 32°C di dalam stadium. Peraturan ini digunakan buat pertama kali ketika aksi pusingan kedua antara Belanda dan Mexico di mana pemain dibenarkan berehat sebentar untuk menyejukan badan untuk tempoh 3 minit pada minit ke-30 dan ke-75. Peraturan ini bertujuan untuk mengurangkan kesan ‘heat stress’ di kalangan pemain-pemain.

Lantaran itu, kejohanan Piala Dunia 2014 setakat ini telah menampilkan beberapa kejutan termasuk penyingkiran pasukan pilihan termasuk Sepanyol, Itali dan England serta keputusan yang di luar jangkaan. Faktor cuaca ini juga telah memberi sedikit kelebihan bagi negara-negara Amerika Latin seperti Brazil, Columbia, Mexico, Uruguay, Argentina, Chile dan sebagainya untuk beraksi lebih baik dalam edisi kejohanan kali ini.

KEADAAN DAN SUHU DI STADIUM PIALA DUNIA BRAZIL 2014

1-CURITIBA (ARENA DA BIAXADA)
Altitud : 907m
Suhu Purata : 13°C
Hari dengan Hujan : 9 hari
Kelembapan Udara Purata : 53%

– Merupakan antara bandar yang paling sejuk pada penganjuran Piala Dunia FIFA 2014, cuaca pada waktu malam agak selesa dengan kemungkinan hujan bakal memberikan sedikit kesegaran kepada pemain-pemain. Malangnya, reka bentuk Arena da Biaxada yang mengalami sedikit pengubahsuaian bagi mengurangkan kesan haba di dalam stadium yang boleh mempengaruhi prestasi pemain.

2-PORTO ALEGRE (ESTADIO BEIRA-RIO)
Altitud : 5m
Suhu Purata : 14.1°C
Hari dengan Hujan : 11 hari
Kelembapan Udara Purata : 62%

– Bandar yang terletak di bahagian selatan Brazil ini mengalami cuaca yang suam dan kelembapan udara yang sederhana. Kabus dan embun sering terbentuk pada waktu pagi di mana turut dipengaruhi impak udara sejuk dari Antartika boleh menyebabkan suhu boleh jatuh sehingga 0°C. Stadium ini sangat tidak sesuai untuk beraksi pada waktu malam.

3-SAO PAULO (ARENA DE SAO PAULO)
Altitud : 811m
Suhu Purata : 16.9°C
Hari dengan Hujan : 8 hari
Kelembapan Udara Purata :58%

– Sao Paulo merupakan bandar utama yang menjadi venue pengajuran Piala Dunia edisi kali ini termasuk aksi pembukaan dan perlawanan separuh akhir. Dengan terletak di altitud yang sederhana, cuaca dan kelembapan udara yang seimbang mewujudkan persekitaran yang baik bagi setiap perlawanan. Reka bentuk stadium yang mempunyai ruang terbuka di bahagian hujung stadium memberi lebih kesegaran kepada pemain dan penonton.

4-BRASILIA (ESTADIO NACIONAL)
Altitud : 1134m
Suhu Purata : 18.4°C
Hari dengan Hujan : 1 hari
Kelembapan Udara Purata : 23%

– Brasilia merupakan ibu kota Brazil yang terletak di tengah tanah tinggi Brazil dengan memiliki cuaca yang kering dan kelembapan udara yang kadangkala boleh jatuh di bawah 10%. Kota ini merupakan bandar yang mempunyai altitud paling tinggi pada Piala Dunia 2014 sesuai untuk perlawanan pada waktu malam.

5-BELO HORIZONTE (ESTADIO MINEIRAO)
Altitud : 940m
Suhu Purata : 18.5°C
Hari dengan Hujan : 1 hari
Kelembapan Udara Purata : 57%

– Belo Horizonte merupakan antara venue terbaik dari aspek cuaca bagi penganjuran Piala Dunia 2014. Venue Piala Dunia ini terletak di altitud sederhana dengan cuaca yang seimbang dan kadar kelembapan udara yang optimal. Persekitaran Stadium Mineirão merupakan antara yang terbaik dan mesra kepada pemain dan penonton lantaran reka bentuk stadium yang memiliki sistem pengudaraan yang baik.

6-RIO DE JENARIO (ESTADIO DO MARACANA)
Altitud : 18m
Suhu Purata : 21.3°C
Hari dengan Hujan : 7 hari
Kelembapan Udara Purata : 55%

-Merupakan sebuah lagi stadium yang baik dari aspek cuaca bagi penganjuran Piala Dunia FIFA 2014. Bandar ini turut menempatkan ibu pejabat operasi FIFA dan pusat media bagi kejohanan Piala Dunia kali ini turut memiliki cuaca dan kelembapan udara yang seimbang. Udara sejuk dari pantai terkenal seperti Copacabana dan Ipanema menjadi elemen yang menyegarkan persekitaran Stadium Maracana.

7-CUIABA (ARENA PANTANAL)
Altitud : 210m
Suhu Purata : 23°C
Hari dengan Hujan : 0 hari
Kelembapan Udara Purata : 38%

– Cuiabá bukan sahaja bandar yang bebas dari hujan pada kejohanan tetapi juga merupakan antara bandar yang kering pada kejohanan Piala Dunia kali ini. Namun, Cuiabá berdepan risiko tiupan angin dari kebakaran hutan di kawasan savana yang berdekatan (dikenali sebagai Cerrado) yang akan memberi impak kesan haba dan pencemaran udara.

8-SALVADOR (ARENA FONTE NOVA)
Altitud : 62m
Suhu Purata : 23.6°C
Hari dengan Hujan : 21 hari
Kelembapan Udara Purata : 73%

– Salvador merupakan sebuah bandar pesisir pantai yang turut mengalami kemuncak musim hujan sepanjang kejohanan Piala Dunia 2014 walaupun tidak selebat hujan di Recife. Arena Fonte Nova yang mempunyai lingkaran besar di bahagian bumbung stadium dan perlawanan pada waktu malam di sini agak mencabar bagi pemain-pemain walaupun tidak sesukar perlawanan di Recie atau Natal.

9-RECIFE (ARENA PERNAMBUCO)
Altitud : 14m
Suhu Purata : 24.8°C
Hari dengan Hujan : 22 hari
Kelembapan Udara Purata : 76%

– Bandar ini menerima kritikan daripada pemain dan wartawan semasa penganjuran Piala Konfederasi tahun lalu di mana Recife merupakan bandar yang kering dengan cuaca yang agak panas walaupun disulami dengan ribut petir. Namun, perlawanan pada waktu malam di sini sangat mencabar kerana kadar penyejatan yang tinggi meninggalkan kesan kepada wap air dalam udara.

10-FORTALEZA (ARENA CASTELAO)
Altitud : 7m
Suhu Purata : 25.9°C
Hari dengan Hujan : 11 hari
Kelembapan Udara Purata : 71%

– Kota metropolis ini terletak di pesisir pantai yang menghadap ke Lautan Atlantik di timur laut Brazil. Kota ini sangat sesuai dengan penganjuran Piala Dunia dengan memiliki cuaca yang suam dan musim hujan yang boleh menyegarkan pemain-pemain. Namun, reka bentuk Arena Castelão tidak memiliki sistem pengudaraan yang baik meskipun telah menjalani beberapa siri pengubahsuaian.

11-NATAL (ARENA DAS DUNAS)
Altitud : 37m
Suhu Purata : 25.7°C
Hari dengan Hujan : 13 hari
Kelembapan Udara Purata : 70%

– Kejohanan Piala Dunia 2014 bakal berlangsung pada kemuncak musim hujan di Natal, bandar yang terletak di kawasan pesisir pantai yang berangin. Arena das Dunas merupakan stadium yang memiliki reka bentuk yang menarik dan sistem pengudaraan yang baik sekaligus mampu memberikan keselesaan dan kesegaraan kepada pemain-pemain dan penonton.

12-MANAUS (ARENA DA AMAZONIA)
Altitud : 90m
Suhu Purata : 27.4°C
Hari dengan Hujan : 12 hari
Kelembapan Udara Purata : 83%

– Manaus merupakan venue terpanas pada kejohanan Piala Dunia edisi kali ini lantaran terletak lebih 3600km dari lautan Atlantik. Bandar ini terletak di pendalaman Brazil berhampiran Hutan Hujan Amazon. Cuaca di Arena da Amazonia ini cukup panas dan kering dengan kelembapan udara yang tinggi menjadikan stadium ini paling sukar untuk dihadapi oleh pemain-pemain bagi kejohanan Piala Dunia 2014.

This entry was posted in FIFA and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply