[FIFA] BRAZIL, JERMAN MELANGKAH KE SEPARUH AKHIR

Piala-Dunia-FIFA-2014-BrazilTuan rumah, Brazil dan juara tiga kali, Jerman berjaya mengesah tiket di separuh akhir selepas menewaskan lawan masing-masing dalam perlawanan suku akhir semalam. Kemenangan 2-1 The Selecao ke atas Columbia di Fortaleza menepati ramalan untuk mara ke separuh akhir. Sementara itu, jaringan tunggal Mats Hummels sudah cukup untuk membawa Jerman ke separuh akhir dengan mengenepikan cabaran Perancis.

BRAZIL SINGKIRKAN COLUMBIA DI SUKU AKHIR

Skuad bimbingan Luis Felipe Scolari bermula garang sebaik wisel permulaan dibunyikan dengan mengasak ke kubu lawan. Usaha Brazil membuahkan hasil apabila kapten pasukan, Thiago Silva bijak menyambut sepakan sudut Neymar pada minit ke-7 untuk gol pertama perlawanan. Columbia cuba membalas menerusi percubaan Juan Cuadrado pada minit ke-10 namun percubaannya sedikit tersasar.

Hulk pula hampir menambah jaringan untuk Brazil namun rembatannya pada minit ke-20 dan 27 namun berjaya ditampan oleh penjaga gol Columbia, David Ospina. Sepakan percuma Neymar pada minit ke-43 gagal menemui sasaran. Jaringan kapten Columbia, Mario Yepes pada minit ke-66 dibatalkan kerana offside. David Luiz akhirnya mengamatkan Arena Castel√£o apabila sepakan percuma pada minit ke-67 menerjah jaring untuk gol kedua Brazil.

Brazil terus garang menambah gol namun percubaan Neymar pada 72 sedikit tersasar. Namun, Columbia akhirnya berjaya merapatkan jurang apabila dihadiahkan sepakan penalti susulan tindakan Julio Cesar menjatuhkan Carlos Bacca dalam kotak penalti. Bintang muda Columbia, James Rodriguez mudah menyempurnakan sepakan penalti tersebut pada minit ke-79. Tandukan Adrian Ramos pada masa-masa kecederaan pula sedikit tersasar.

Kedudukan 2-1 itu kekal hingga wisel penamat sekaligus mencerahkan peluang Brazil untuk menjulang kejuaraan ke-6 Piala Dunia. Namun, kemenangan ini terpaksa dibayar dengan harga yang mahal apabila bintang utama Brazil, Neymar terpaksa diketepikan dari kejohanan selepas patah tulang vertebrata akibat dikasari oleh Carlos Zuniga selain kapten pasukan, Thiago Silva mengutip kad kuning kedua sekaligus terlepas aksi separuh akhir menentang Jerman.

JARINGAN TUNGGAL HUMMELS JULANG JERMAN KE SEPARUH AKHIR

Jerman pula melangkah ke separuh akhir buat kali keempat berturut-turut sejak edisi Piala Dunia 2002 selepas mengecewakan Perancis di Stadium Maracana semalam. Perlawanan bermula rancak dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan ke kubu lawan masing-masing. Perancis terlebih dahulu menguji gawang Jerman yang dikawal oleh Manuel Neuer namun rembatan Karim Benzema pada minit ke-7 sedikit tersasar.

Pertahanan kental, Mats Hummels akhirnya memecah kebuntuan apabila menanduk masuk sepakan percuma Toni Kroos pada minit ke-12 untuk gol pertaman Jerman. Tersentak dengan jaringan itu, Perancis kembali memperkemaskan barisan pertahanan. Pemain sayap, Mathieu Valbuena hampri menyamakan kedudukan untuk Perancis namun rembatan berjaya ditampan oleh Manuel Neuer pada minit ke-33.

Penjaga gol Jerman itu sekali lagi cemerlang menafikan percubaan Karim Benzema pada minit ke-44. Tandukan Raphael Varane pada minit ke-59 pula mudah ditangkap kemas oleh Neuer. Rembatan Thomas Muller pula gagal menemui sasaran pada minit ke-70. Percubaan Andre Schurrle pada minit ke-73 mudah ke dakapan penjaga gol Perancis, Hugo Lloris. Rembatan jarak dekat oleh Blaise Matuidi pula berjaya ditumbuk keluar oleh Neuer pada minit ke-77.

Hugo Lloris sekali cemerlang menafikan percubaan Andre Schurrle pada minit ke-81. Rembatan kaki kiri Karim Benzema pada minit-minit akhir perlawanan berjaya ditepis keluar oleh Manuel Neuer . Kedudukan 1-0 itu akhirnya kekal hingga wisel penamat. Kekalahan itu merupakan kegagalan ketiga Perancis di tangan Jerman dalam Piala Dunia sejak edisi 1982 di Sepanyol dan edisi 1986 di Mexico.

This entry was posted in FIFA and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply