[SUKMA] PINGAT EMAS BOLA SEPAK SUKMA 2014 MILIK PERAK

Perak-juara-bola-sepak-SUKMA-2014Perak menamatkan penantian 12 tahun untuk merangkul ‘ibu segala pingat emas’ Sukan Malaysia (SUKMA) ke-17 apabila menewaskan Johor 3-1 dalam perlawanan akhir bola sepak di Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar semalam. Skuad ‘The Bos Gaurus’ mara ke final selepas mengenepikan cabaran tuan rumah, Perlis 3-2 manakala Johor pula menundukkan Kedah 1-0 di pentas separuh akhir.

Johor bermula garang dengan melakukan dua percubaan tepat pada tempoh 5 minit pertama perlawanan namun Perak terlebih dahulu di depan apabila Muhammad Shahrel Fikri Md. Fauzi bijak menyambar bola muntah yang gagal ditangkap kemas penjaga gol Johor, Mohd Syafizullah Abdul Wahab seawal minit ke-7 perlawanan. Perak terus mengandakan jaringan pada minit ke-17 hasil sentuhan penyudah Khairul Asyraf Sahizah berpunca dari kesilapan penjaga gol Johor lagi.

Perak hampir menambah gol ketiga pada minit ke-40 apabila Muhammad Fikri Sudin namun percubaan itu sedikit tersasar dan penguasaan skuad bimbingan Syamsol Saad itu berterusan sehingga tamat separuh masa pertama. Giliran Muhammad Shahrel gagal memanfaatkan peluang yang terhidang pada minit ke-58 apabila percubaannya hasil hantaran Muhammad Fikri sekadar terkena tiang ketika Md. Syafizullah sudah tertewas.

Johor memiliki peluang untuk merapatkan jurang pada minit ke-72 apabila dihadiahkan sepakan percuma namun percubaan Muhd. Asyraf Abd. Talib berjaya ditepis keluar penjaga gol Muhammad Hafizul Hakim. Harimau Selatan akhirnya berjaya merapatkan kedudukan empat minit kemudian apabila Shafiq Shaharudin berjaya menyempurnakan sepakan penalti selepas Naim Nazmi Zainuddin dijatuhkan pemain pertahanan Perak.

Namun, Perak menamatkan sisa-sisa perjuangan Johor apabila Muhammad Shahrel meledak gol ketiga pada minit ke-90 dengan menyempurnakan hantaran lintang pemain gantian Mohammad Adzem Mansor bagi memastikan kemenangan ‘Bos Gaurus‘. Sementara itu pengendali PeĀ­rak, Syamsol Saad nyata gembira dengan kejayaan yang diperoleh sekali gus mengubat kekecewaan mereka pada Sukma 2012 apabila mereka tewas 3-0 kepada Sabah di pentas akhir.

“Separuh daripada pasukan hari ini adalah daripada skuad Sukma 2012 dan dengan kejayaan ini mereka berjaya membuktikan bahawa pasukan ini masih relevan” kata jurulatih skuad Presiden Perak itu.

“Kemenangan ini juga ditujukan kepada semua rakyat Perak dan diharap ia dapat memberikan sedikit keceriaan kepada mereka.”

Kali terakhir Perak merangkul pingat emas ditemasya sukan dwi tahunan ini ialah di Sukan Malaysia (SUKMA) Sabah pada tahun 2002 apabila menewaskan Pulau Pinang 3-1. Sementara itu, pingat gangsa menjadi milik Kedah selepas menewaskan pasukan tuan rumah, Perlis 1-0 dalam perlawanan penentuan tempat ketiga hasil jaringan tunggal Muhammad Syafiq Ahmad pada minit ke-70.

Incoming search terms:

  • profil shahrel fikri
  • biodata shshrel fikri
This entry was posted in Liga Malaysia and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply