[PERSPEKTIF] YAYA SANOGO PERLU DIPINJAMKAN MUSIM DEPAN

Yaya-Sanogo-vs-FenerbahcePenyerang muda, Yaya Sanogo yang menyertai Arsenal secara percuma selepas kontraknya bersama Auxerre berakhir pada 30 Jun 2013. Pemain kelahiran Perancis berusia 21 tahun masih menyesuaikan diri dengan kehidupan di utara London dan gagal memberi impak kepada The Gunners pada musim pertamanya di Liga Perdana Inggeris. Selain itu, Sanogo turut dibelenggu masalah kecederaan menyaksikannya terlepas lebih separuh aksi musim ini.

Yaya Sanogo dilihat masih mentah dan gagal menjaringkan sebarang gol dalam 14 perlawanan bersama Arsenal musim lalu. Selain itu, kepulangan penyerang sensasi, Joel Campbell bakal mencetuskan konflik di antara Olivier Giroud dan Yaya Sanogo musim depan. Penyerang muda Costa Rica itu telah menampilkan aksi yang memukau bersama negaranya sepanjang kempen Piala Dunia 2014 di Brazil selain cemerlang sepanjang tempoh pinjaman bersama Olympiakos dan Real Betis.

Meskipun Sanogo telah menampilkan aksi yang membanggakan ketika perlawanan Piala FA menentang Liverpool da aksi Liga Juara-Juara Eropah menentang Bayern Munich musim ini namun penyerang berusia 21 tahun itu masih memiliki kekurangan dari segi sentuhan penyudah tepat dan pergerakan-pergerakan dalam permainan terutama ketika hantaran di kawasan final third serta percubaan tepat ke arah gol. Selain itu, Sanogo perlu banyak belajar untuk lebih konsisten dalam melakukan percubaan ke gawang lawan.

arsenal-ramsey-walcott-giroudSelain itu, Arsene Wenger dilihat bakal menambah lagi seorang lagi penyerang baru bagi mengukuhkan skuad di barisan serangan dengan Karim Benzema, Alexis Sanchez, Mario Mandzukic, Jackson Martinez serta Loic Remy hangat dikaitkan dengan perpindahan ke Stadium Emirates. Kemasukan penyerang baru ini bakal menyaksikan Olivier Giroud dan Theo Walcott mungkin akan berada di bangku simpanan bergantung kepada prestasi semasa masing-masing.

Lantaran itu, peluang Sanogo untuk beraksi dalam skuad utama Arsenal musim hadapan tampak tipis sekali terutama dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara-Juara Eropah. Pilihan terbaik untuk Sanogo musim depan ialah meninggalkan Arsenal secara pinjaman dengan menyertai kelab Liga Perdana Inggeris bagi meningkatkan keyakinan serta kemahiran selain menimba pengalaman-pengalaman berharga sebelum diserap ke dalam skuad utama The Gunners.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply