[PERSPEKTIF] ADAMS SEDIH PERPINDAHAN FABREGAS KE CHELSEA

Wenger-revealed-Fabregas-back-to-ArsenalLagenda Arsenal, Tony Adams tidak menyembunyikan kesedihannya ekoran perpindahan Cesc Fabregas ke Chelsea selepas kepulangan pemain tengah Sepanyol itu ke Stadium Emirates ditolak oleh Arsene Wenger. Bekas skipper Arsenal itu kemudiannya melengkapkan perpindahannya yang dianggarkan bernilai £30 juta ke Stamford Bridge pada 12 Jun lalu selepas mengharungi masa depan yang tidak menentu bersama Barcelona.

Meskipun memulakan karier awal bersama akademi Barcelona, namun bintang Fabregas mula bersinar selepas menyertai Arsenal pada 11 September 2003 ketika berusia 16 tahun 130 hari. Selepas melakukan 303 perlawanan dengan menjaringkan 57 gol untuk The Gunners, Fabregas kemudiannya berhijrah ke Barcelona pada musim panas 2011. Tony Adams mengakui bahawa perpindahan akan menimbulkan kemarahan penyokong Arsenal.

“(Perpindahan) Cesc sedikit menyedihkan saya, itu yang boleh saya katakan. Dia merupakan bekas kapten Arsenal, jadi apabila anda melihat dia meninggalkan kelab ianya sedikit menyedihkan,” kata Tony Adams.

“Situasi ini sama seperti Ashley Cole, saya tidak boleh menerima apa yang telah Ashley lalukan. Saya memahami mengapa dia mempersoalkan Arsenal tentang cita-cita mereka tetapi saya tidak boleh menerima dia pergi menyertai kelab London yang lain.”

Cesc-Fabregas-sah-sertai-ChelseaMinggu lalu, Cesc Fabregas telah memuktamadkan perjanjian selama 5 tahun dengan Chelsea dan bakal menerima gaji sebanyak £200,000 seminggu. Lagenda Arsenal, Tony Adams yang pernah beraksi dalam 672 perlawanan bersama The Gunners turut menjelaskan mengenai alasan mengapa Arsene Wenger tidak mahu membawa pulang bekas kaptennya itu ke Stadium Emirates.

“Saya memahami mengapa Arsene Wenger tidak mahu menandatangani semula dia (Cesc),” kata lagenda Arsenal itu lagi.

“Dia (Wenger) sudah memiliki ramai pemain-pemain yang hebat dan jangan lupa di mana Arsenal telah membayar lebih £40 juta untuk Mesut Ozil tahun lalu. Mereka sudah memiliki Aaron (Ramsey), Jack (Wilshere), Alex (Oxlade-Chamberlain) dan Santi (Cazorla). Mereka memiliki kualiti yang hampir sama.”

“Mungkin Wenger mengatakan bahawa kami tidak memerlukan pemain sepertinya lagi. Itu sedikit menyedihkan kerana dia bekas kapten Arsenal dan sangat menyedihkan dia tidak kembali,” kata Adams lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply