[LIGA MALAYSIA] PERAK JULANG PIALA PRESIDEN 2014

Perak-julang-Piala-Presiden-2014Perak yang masih segar dengan kejayaan merangkul pingat emas bola sepak di Sukan Malaysia (SUKMA) awal Jun lalu sekali lagi menepati ramalan apabila muncul juara Kejohanan Piala Presiden 2014 semalam. Skuad Bos Gaurus cemerlang menundukan Pahang 3-2 di Stadium Darul Makmur, Kuantan. Kejayaan itu turut mengubat kekecewaan Perak selepas tewas 1-2 kepada Kelantan di pentas final tahun lalu.

Dalam perlawanan akhir semalam, kedua-dua pasukan menampilkan aksi bertenaga dengan sering melancarkan serangan ke kubu lawan masing-masing sebaik wisel permulaan dibunyikan. Namun, Perak terlebih dahulu menemui sentuhan gol apabila Muhammad Shahrel Fikri yang berjaya melepasi perangkap offsaid sebelum melakukan penyudah tepat pada minit ke-43.

Empat minit selepas babak kedua bermula, Muhammad Fikri Sudin menggandakan jaringan buat Perak apabila merembat masuk bola ke gawang Pahang. Namun, skuad Tok Gajah tidak mudah mengalah dan merapatkan kedudukan menerusi sentuhan penyudah pemain tengah, Muhammad Shahrul Nizam pada minit ke-66. Pemain gantian, G. Mugenthirran kembali meletakkan Pahang tertekan apabila menjaringkan gol ketiga Perak ketika perlawanan berbaki lima minit.

Perak cemas seketika apabila terpaksa beraksi dengan 10 pemain pada minit ke-86 apabila Muhd. Faizzzwan Dorahim dibuang padang setelah menerima kad kuning kedua. Kelebihan tersebut dimanfaatkan Pahang apabila memperoleh gol kedua menerusi Muhammad Amirul Kasmuri pada masa kecederaan. Namun, jaringan itu belum cukup buat Pahang untuk mengheret saingan hingga masa tambahan, seterusnya menyaksikan perlawanan berakhir dengan keputusan 3-2.

This entry was posted in Liga Malaysia and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply