[LIGA MALAYSIA] JOHOR DARUL TAKZIM JULANG LIGA SUPER 2014

Jaringan tunggal Jorge Pereyra Diaz ketika menentang Sarawak di Stadium Negeri, Petra Jaya semalam telah membantu kemenangan 1-0 skuad bimbingan Bojan Hodak sekaligus mengesahkan kejuaraan menjadi milik Johor Darul Takzim (JDT). Kejayaan itu turut disambut dengan cuti umum untuk seluruh negeri Johor yang diumumkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Hj. Ismail Karim semalam.

Sementara itu, Selangor terpaksa berputih mata untuk merampas kejuaraan Liga Super selepas sekadar mencatatkan keputusan seri 2-2 dengan PKNS di Stadium Shah Alam sambil mengharapkan Harimau Selatan tewas di tangan Sarawak. JDT menamatkan 22 perlawanan musim ini dengan mengumpul 44 mata manakala Selangor terpaksa berpuas hati di tempat kedua dengan mengutip 41 mata.

Dalam aksi perlawanan terakhir Liga Super di Stadium Negeri semalam, JDT dilihat cukup garang untuk meraih kemenangan meskipun menerima tentangan sengit daripada tuan rumah, Sarawak. Gerakan satu dua antara Jorge Pereyra Diaz dan Luciano Figueroa pada minit ke-7 hampir memberi gol awal namun berjaya dinafikan pleh penjaga gol Bujang Senang, Sani Anuar Kamsani. Percubaan Nazrin Nawi pada minit ke-16 pula sedikit tersasar.

JDT-vs-Sarwak-2014Sarawak tidak mudah mengalah dan hampir membolosi gawang JDT namun lambungan jauh Ryan Griffiths pada minit ke-24 sedikit melewati gawang meskipun penjaga gol JDT, Al-Hafiz Hamzah sudah tertewas. Hantaran lintang pemain sayap, S. Chanturu pula gagal disambar oleh penyerang JDT pada minit ke-34. Kedudukan 0-0 itu kekal hingga tamat separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, Ashri Chuchu memiliki peluang untuk menjaringkan gol namun kawalan kurang kemas menyaksikan bola berjaya dikeluarkan oleh pertahanan JDT pada minit ke-53. Percaturan jurulatih JDT, Bojan Hodak melakukan sedikit perubahan taktikal untuk menambah sengat di barisan serangan Harimau SelatanĀ  dengan memasukan Norshahrul Idlan Talaha dan Mohd Amri Yahyah bagi mengantikan Mahali Jasuli dan Nazrin Nawi.

Percaturan Hodak itu berjaya membuahkan hasil pada mini ke-66 apabila Jorge Pereyra Diaz tenang menolak masuk gol kemenangan JDT selepas tandukan sipi Luciano Figueroa jatuh ke kakinya. Pemain tengah Sarawak, Mafry Balang berjaya melepasi kawalan 3 pertahanan lawan sebelum melepaskan satu rembatan padau dari luar kotak penalti namun berjaya diselamatkan oleh penjaga gol JDT, Al-Hafiz. Kedudukan 1-0 itu kekal hingga ke wisel penamat.

Sementara itu, Perak pula berjaya kekal dalam saingan Liga Super musim hadapan selepas membelasah Pahang 3-0 di Stadium Perak, Ipoh. Skuad The Bos Gaurus merupakan satu-satunya pasukan Liga Malaysia yang tidak pernah beraksi dalam Liga Divisyen sejak liga professional diperkenalkan pada tahun 1989. T-Team dan PKNS terpaksa bermain di Liga Perdana pada musim hadapan apabila berada di kelompok dua terbawah Liga Super 2014.

This entry was posted in Liga Malaysia and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply