[LADIES] ARSENAL LADIES JULANG PIALA FA WANITA 2014

Arsenal Ladies berjaya mengikut jejak langkah skuad lelaki apabila menjulang kejuaraan Piala FA Wanita 2014 selepas menewaskan Everton Ladies 2-0 dalam perlawanan akhir semalam. Jaringan daripada Kelly Smith dan Yukari Kinga sudah cukup memberikan kejuaraan kejuaraan Piala FA Wanita yang ke-13 buat Arsenal Ladies. Kemenangan tersebut juga bakal menjadi hadiah perpisahan penuh bermakna buat pengurus pasukan, Shelley Kerr.

Skuad bimbingan Shelley Kerr bermula garang dengan Ranchel Yanke daan Shinobu Ohno menguji kekentalan gawang Everton Ladies. Usaha mereka membuahkan hasil apabila sepakan percuma Kelly Smith dari jarak 20 ela terus menerjah ke gawang The Toffees untuk Arsenal Ladies mendahului 1-0. Everton Ladies tidak mudah mengalah dan mengasak gawang Siobhan Chamberlain menerusi tandukan Millie Turner yang sedikit tersasar.

Arsenal Ladies kembali mengancam gawang The Toffees menerusi gandingan Danielle Carter dan Alex Scott pada minit ke-34 namun tandukannya hampir menerjah gawang Everton Ladies. Kedudukan 1-0 itu kekal hingga tamat separuh masa pertama. Bersambung babak kedua, The Gunners mendominasi perlawanan dengan Kelly Smith sekali lagi menguji gawang Everton Ladies pada minit ke-52.

10 minit berselang, gol kedua Arsenal Ladies menyusul menerusi umpanan Gabby George yang bijak disempurnakan oleh Yukari Kinga. Penjaga gol The Toffees, Rachel Brown-Finnis pula berjaya menafikan percubaan Shinobu Ohno pada minit ke-66. Peluang terbaik untuk Everton Ladies untuk merapakan kedudukan menerusi Alex Greenwood namun sedikit melewati sasaran.

The Gunners sepatunya menambah gol ketiga namun rembatan Emma Mitchell pada masa-masa kecederaan sekadar mengegar palang. Skuad bimbingan Shelley Kerr akhirnya berjaya mengesah kejuaraan sekaligus menjadi trofi ketiga buat pengurus kelahiran Scotland itu sepanjang tempoh 16 bulan bersama Arsenal Ladies. Kejayaan ini juga bakal memberi tonil buat The Gunners menjelang saingan WSL yang bakal bersambung hujung Jun ini.

This entry was posted in Arsenal Ladies and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply