[KOMENTAR] OZIL TAMPIL LEBIH BAIK MUSIM DEPAN – SCHURRLE

Mesut-Ozil-and-Andre-Schurrle-GermanyMeskipun dikritik hebat lantaran gagal untuk menampilkan aksi sebenar bersama The Gunners musim ini namun Andre Schurrle berpendapat bahawa Mesut Ozil itu akan tampil lebih cemerlang dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim depan. Terdahulu, playmaker berusia 25 tahun itu muncul pemain termahal Arsenal apabila melengkapkan perpindahan dari Real Madrid dengan bayaran perpindahan sebanyak £42.5 juta.

Bekas playmaker Jerman itu turut dibelenggu masalah kecederaan hamstring pada awal Mac lalu menyaksikan dirinya terpaksa direhatkan lebih 2 bulan. Namun, Mesut Ozil kembali bersama The Gunners pada pertengahan April lalu untuk membantu Arsenal menjulang kejuaraan Piala FA 2013/14 dengan menewaskan Hull City 3-2 di perlawanan akhir serta menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris dikedudukan keempat.

Mesut-Ozil-vs-Hull-City-2014Mesut Ozil dan Andre Schurrle kini bersama-sama dalam skuad kebangsaan Jerman mengharungi kempen Piala Dunia 2014 di Brazil. Pemain tengah kreatif itu dilihat sedang bergelut untuk mendapatkan prestasi terbaik sejak tiba di Stadium Emirates pada musim panas lalu. Namun, Andre Schurrle yang beraksi Chelsea tidak meragui kemampuan Ozil untuk tampil lebih cemerlang bersama The Gunners musim depan

“Yeah, saya rasa begitu,” kata pemain tengah Chelsea kepada talkSPORT ketika ditanya mengenai prestasi musim hadapan.

“Ketika dia kembali dari kecederaan, dia telah beraksi dengan baik sekali. Dia turut mencipta umpanan dan menjaringkan gol. Saya yakin dia akan lebih baik musim hadapan.”

“Tetapi saya berharap dia tidak akan cemerlang kerana saya salah seorang pemain Chelsea dan saya tidak mahu Arsenal menjadi lebih baik (musim depan),” kata Schurrle lagi.

This entry was posted in Komentar and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply