[KECEDERAAN] WALCOTT BAKAL TERLEPAS AKSI PRA-MUSIM 2014

Theo-Walcott-with-Wenger-on-training-groundPemain sayap England, Theo Walcott memaklumkan bahawa dirinya bakal terlepas aksi pra-musim bersama Arsenal musim panas ini selepas belum pulih sepenuhnya dari kecederaan. Pemain berusia 25 tahun itu mengalami kecederaan anterior ligement cruciate (ACL) ketika perlawanan pusingan ke-3 Piala FA menentang Tottenham Hotspurs pada 4 Januari lalu dan terlepas aksi Piala Dunia Brazil 2014 bersama The Three Lions.

Musim ini, Theo Walcott hanya sempat beraksi dalam 18 perlawanan dengan menjaringkan 6 gol bersama The Gunners lantaran sering dibelenggu masalah kecederaan lutut dan buku lali. Pemain sayap England itu berharap dapat kembali beraksi secepat mungkin dan mahu mengambil bahagian dalam aksi pembukaan musim bersama Arsenal namun tidak mahu terlalu tergesa-gesa lantaran bimbang berlaku kecederaan berulang.

“Sudah tentu saya mahu kembali secepat mungkin tetapi dengan selamat. Saya akan cuba untuk kembali mengambil dalam aksi pembukaan musim depan,” kata Walcott kepada majalah Arsenal Matchday.

Theo Walcott injured in September 2013“Itu adalah matlamat saya. Jadi saya perlu berkerja keras sepanjang musim panas ini dan Piala Dunia. Kini sudah hampir 4 bulan dan proses pemulihan saya berada di landasannya. Ketika ini, saya sedang memperkuatkan dan membina otot quadriceps saya.”

“Saya tidak meihat titik di mana saya perlu kecewa akibat kecederaan kerana ianya sudah berlaku. Ramai lagi pemain yang turut mengalami masalah kecederaan teruk di dunia ini. “

“Saya perlu berjumpa dengan konsultan nanti dan berharapdia akan memberikan petanda untuk saya lebih agresif. Saya tidak sabar untuk kembali dalam beberapa minggu lagi,” kata pemain sayap England itu lagi.

This entry was posted in Kecederaan and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply