[KECEDERAAN] HODGSON POSITIF TERHADAP OXLADE-CHAMBERLAIN

Alex-Oxlade-Chamberlain-injured-vs-EcuadorSelepas dihimpit kekecewaan ketika menentang Honduras, pengendali England, Roy Hodgson kembali ceria apabila kecederaan Alex Oxlade-Chamberlain tidak serius dan sedia untuk kembali dalam tempoh 2 minggu lagi. Pemain sayap Arsenal itu mengalami kecederaan lutut akibat terlanggar dengan pemain Ecuador, Carlos Gruezo dalam aksi persahabatan di Miami awal pagi Khamis lalu.

Skuad The Three Lions kini giat menlakukan persiapan fasa terakhir sebelum berlepas ke Brazil. Kecederaan Oxlade-Chamberlain tidak serius namun dia perlu berehat sekurang-kurangnya dua minggu dan dijangka akan terlepas dua perlawanan awal kumpulan B. Sementara itu, Hodgson masih menaruh harapan kepada Oxlade-Chamberlain itu dan menolak kemungkinan untuk memanggil pemain tengah Manchester United, Tom Cleverley.

“Ini masa untuk kembali kepada realiti. Semua pemain cergas,” kata Hodson kepada ITV.

“Oxlade-Chamberlain juga menunjukan perkembangan yang baik. Saya rasa dia akan beraksi dalam kejohanan (Piala Dunia) tanpa sebarang keraguan.”

“Dia (Oxlade) sudah melakukan imbasan dan terdapat sedikit kecederaan pada ligamen medialnya. Saya tidak pasti berapa lama dia memerlukan rawatan lanjut,” kata pengendali England itu lagi.

This entry was posted in Kecederaan and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply