[INFO] 5 KAPTEN PALING BERPENGARUH DI ARSENAL

arsenal-lagend-in emiratesSejak ditubuhkan pada 1886, Arsenal FC telah berkembang menjadi antara kelab bola sepak yang paling konsisten dan cemerlang dalam Liga Inggeris dengan merangkul 40 kejuaraan. Selain di bawah bimbingan pengurus yang hebat, kejayaan sesebuah pasukan itu turut didorong oleh kapten pasukan yang berkaliber dan berpengaruh. Berikut merupakan senarai 5 kapten yang paling berpengaruh di Arsenal.

1-TOM PARKER (1926-1933)

Pemain kelahiran Woolston, Southampton ini merupakan kapten pertama Arsenal yang menjulang kejuaraan pada tahun 1930. Tom Parker dibawa masuk oleh Herbert Chapman bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Alec Mackie yang terpaksa berehat panjang kerana mengalami kecederaan serius. Pemain pertahanan tengah ini mendapat debut pada 3 April 1926 ketika menentang Blackburn Rovers di hadapan 31,000 penonton di Highbury.

Tom Parker berjaya memimpin pasukan untuk mara ke perlawanan akhir Piala FA pada tahun 1927 namun terpaksa akur dengan kekalahan di tangan Cardiff City. Namun, 3 tahun kemudian, Parker dan rakan sepasukannya kembali ke Stadium Wembley untuk membantu Arsenal menjulang kejuaraan pertama dengan menewaskan Huddersfield pada tahun 1931. Pertahanan kental ini sekali lagi membantu menjulang kejuaraan Liga Divisyen 1 pada 1931 sebelum bersara pada tahun 1933 dengan menjadi pengurus Norwich City.

2-FRANK McLINTOCK (1967-1983)

Arsenal juara Piala Inter Cities Fair 1970Ketika di bawah kendalian Bertie Mie, Frank McLintock telah dilantik sebagai kapten pasukan serta diubah dari posisi midfielder ke pertahanan tengah ekoran krisis kecederaan yang melanda Arsenal pada tahun 1967. Pemain kelahiran Glasgow ini berjaya memimpin pasukan mara ke perlawanan akhir Piala Liga pada tahun 1968 dan 1969 namun gagal untuk menjulang kejuaraan. Kegagalan itu telah mendorong McLintock menyatakan hasrat untuk berundur selaku kapten pasukan namun dipertahankan oleh pengurusan Arsenal.

Setahun kemudian, Frank McLintock berjaya membantu The Gunners menjulang kejuaraan Piala Inter-Cities Fairs pada musim 1969/70 dengan menewaskan Anderlecht. Musim berikut, Arsenal terus cemerlang di bawah kepimpinan McLintock dengan rangkul kejuaraan berganda, Liga Divisyen 1 Inggeris dan Piala FA bagi musim 1970/71. Selaku kapten yang berpengaruh, McLintock telah beraksi dalam 403 perlawanan dan menjaringkan 32 golsebelum berkelana ke Queens Park Rangers pada tahun 1973.

3-PAT RICE (1977-1980)

Pat-Rice-julang-Piala-FA-1971Bek kiri kelahiran Belfast, Ireland Utara ini sememangnya terkenal dengan kerendahan diri dan kerja keras menyertai The Gunners pada 1964 ketika berusia 15 tahun. Pat Rice kemudiannya mendapat debut dalam skuad utama Arsenal dalam perlawanan Piala Liga menentang Burnley pada 5 Disember 1967 dan telah menjulang kejuaraan berganda, Liga Divisyen 1 Inggeris dan Piala FA pada musim 1970/71 ketika di bawah kepimpinan Frank Mclintock.

Pat Rice kemudiannya dilantik selaku kapten The Gunners pada 1977 dan membantu menjulang kejuaraan Piala FA pada tahun 1979 namun terpaksa akur dengan kekalahan di perlawanan akhir Piala Eropah UEFA di tangan Valencia pada tahun 1980. Selepas meninggalkan Arsenal pada 1980, Pat Rice kembali menyertai kem kejurulatihan Arsenal pada 1984 dengan menjadi jurulatih skuad remaja (1984-1996) dan penolong pengurus Arsenal (1996-2012).

4-TONY ADAMS (1988-2002)

arsene-wenger-tony-adams-trophyAnak kelahiran Romford, London ini menyertai akademi Arsenal pada tahun 1980 dan telah mendapat debut dalam skuad utama The Gunners pada 5 November 1983 dalam perlawanan liga menentang Sunderland, hanya 4 minggu selepas ulang tahun kelahirannya ke-17. Pertahanan kental yang digelar Mr. Arsenal ini merupakan kapten termuda dalam sejarah Arsenal pabila mula memakai lilitan armband pada 1 January 1988 ketika berusia 21 tahun 82 hari.

Tony Adams sememangnya menjadi simbol kekentalan barisan pertahanan Arsenal sehinggal digelar sebagai ‘patung raksasa saya’ oleh bekas pengurus Arsenal, George Graham dengan membentuk gandingan mantap bersama Steve Bould, Lee Dixon dan Nigel Winterburn. Sepanjang 22 tahun bersama The Gunners, Tony Adams telah membantu merangkul 10 kejuaraan di mana 9 daripadanya menjulang sebagai kapten pasukan.

5-PATRICK VIEIRA (2002-2005)

Patrick-Vieira-Arsenal-lagendTonggak tengah Perancis ini mula memakai lilitan armband The Gunners pada tahun 2002 selepas persaraan kapten lagenda, Tony Adams. Patrick Vieira merupakan kapten bukan Inggeris pertama dalam sejarah penubuhan Arsenal. Bekas pemain tengah AC Milan ini merupakan pembelian pertama Arsene Wenger apabila melengkapkan perpindahan ke utara London pada September 1996 dengan yuran perpindahan sebanyak £3.5 juta.

Patrick Vieira telah memimpin skuad The Gunners mejulang kejuaraan The Invincibles pada musim 2003/04 selain dua kejuaraan Piala FA pada tahun 2003 dan 2005 serta Perisai Komuniti pada tahun 2004. Sepanjang bersama Arsenal, Vieira telah bermain sebanyak 407 kali dengan menjaringkan 34 gol sebelum menyertai kelab gergasi Itali, Juventus pada Julai 2005 dengan bayaran perpindahan £18 juta.

Dikemaskini pada 28 Jun 2014

This entry was posted in Informasi and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply