[FIFA] LUIS SUAREZ DIGANTUNG 4 BULAN KERANA MENGIGIT CHIELLINI

Luis-Suarez-bites-Giorgio-ChielliniPenyerang antarabangsa Uruguay sah digantung 4 bulan dari sebarang aktiviti berkaitan bola sepak selepas didapati bersalah kerana mengigit bahu pertahanan Itali, Giorgio Chiellini dalam perlawanan terakhir kumpulan B pada kempen Piala Dunia 2014. Hukuman yang dijatuhkan oleh Jawatankuasa Disiplin FIFA itu menyaksikan penyerang berusia 27 tahun bakal terlepas kesemua baki perlawanan Piala Dunia 2014 bersama Uruguay.

Jawatankuasa Tatatertib FIFA memutuskan bahawa Luis Suarez telah melanggar Artikel 48, Perenggan 1(D), Kod Tatatertib FIFA (serangan) dan Artikel 57 FDC (melakukan satu tindakan tidak melambangkan semangat kesukanan ke atas pemain lain). Suarez akan digantung sembilan perlawanan rasmi antarabangsa serta digantung selama empat bulan daripada sebarang aktiviti bola sepak dan hanya akan kembali beraksi pada 26 Oktober 2014.

Hukuman itu turut menyaksikan pemain berusia 27 tahun itu dilarang terlibat sebarang aktiviti bola sepak termasuk urusan perpindahan pemain. Selain itu, Luis Suárez yang juga turut diperintahkan membayar denda dalam jumlah sebanyak £66,000 (RM359,833). Pengerusi Jawatankuasa Disiplin FIFA, Claudio Sulser menegaskan hukuman itu bertujuan untuk mengelakan insiden seumpama itu berulang lagi.

“Tindakan seperti itu tidak dapat diterima di atas mana-mana padang bola sepak terutama dalam kejohanan Piala Dunia FIFA yang disaksikan oleh jutaan penonton di seluruh dunia,” kata Sulser dalam kenyataan rasminya.

“Jawatankuasa Disiplin mengambil kira segala faktor kes dan tahap kesalahan (Luis) Suarez mengikut peruntukan berkaitan. Keputusan ini berkuat kuasa sebaik sahaja ia disampaikan.”

Terdahulu, penyerang berusia 27 tahun ini pernah digantung 7 perlawanan kerana mengigit Otman Bakkal ketika beraksi bersama Ajax Armsterdam pada 2010 serta pengantungan 10 perlawanan kerana mengigit lengan pertahanan Chelsea, Branislav Ivanovic pada 2013. Persatuan Bola Sepak Uruguay (AUF) dan Liverpool FC dijangka akan mengemukan rayuan terhadap hukuman yang diterima oleh Luis Suarez.

This entry was posted in FIFA and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply