[FIFA] JOSE MOURINHO PUJI JOEL CAMPBELL, ALEXIS SANCHEZ

Jose-Mourinho-Real-Madrid-coachDi sebalik keputusan luar jangkaan terhadap Sepanyol dan England, Jose Mourinho memuji persembahan mantap yang ditampilkan oleh bintang muda Costa Rica, Joel Campbell serta penyerang Chile, Alexis Sanchez. Pengurus Chelsea yang memberi perhatian khusus dalam beberapa perlawanan Piala Dunia 2014 itu menilai kedua-duanya sebagai antara pemain yang paling menyerlah setakat ini.

Joel Campbell telah menampilkan aksi memukau ketika membantu Costa Rica menundukan Uruguay 3-1 pada aksi pembukaan kumpulan D manakala Alexis Sanchez pula cemerlang membantu Chile menewaskan Sepanyol 2-0 Khamis lalu. Selain itu, Mourinho turut menyifatkan aksi penyerang sensasi Liverpool, Luis Suarez yang meledak dua gol ketika menentang England sebagai luar biasa.

“Saya rasa adil untuk saya memilih dua pemain dari dua pasukan berbeza yang telah mengejutkan semua orang iaitu Chile dan Costa Rica,” kata Mourinho kepada Daily Mail.

Joel-Campbell-Costa-Rica-vs-Uruguay“Jadi, saya memilih Alexis Sanchez dan Joel Campbell yang mewakili kedua-dua pasukan yang telah mencipta kejutan dan mengharungi saingan peringkat kumpulan yang sukar, menentang pasukan lawan yang kuat dan menyingkirkan lawan dari kejohanan seperti juara dunia, Sepanyol.”

“Saya rasa saya perlu fokus kepada pasukan dan cuba untuk memilih pemain dalam pasukan tersebut di mana saya memilih Sanchez dan Campbell,” kata Mourinho lagi.

This entry was posted in FIFA and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply