[FIFA] MARADONA SELAR UJIAN DADAH KE ATAS COSTA RICA

Diego-Maradona-2013Lagenda Argentina, Diego Maradona menyelar tindakan FIFA yang mengarahkan 7 pemain Costa Rica menjalani ujian anti-doping selepas  kemenangan mengejut skuad bimbingan Luis Pinto ke atas Itali. Jaringan tunggal Bryan Ruiz pada minit ke-44 sudah cukup untuk membantu Costa Rica mengesahkan slot ke pusingan kedua selepas cemerlang menundukan Uruguay 3-1 pada perlawanan pembukaan kumpulan B pada 15 Jun lalu.

Menurut Maradona, tindakan badan bola sepak antarabangsa itu yang dianggap melanggar peraturan dengan mengarahkan 7 pemain Los Ticos menjalani ujian anti-doping manakala hanya dua pemain Itali sahaja yang menjalani ujian tersebut. Tindakan tersebut susulan kebimbangan FIFA terhadap penaja-penaja yang mungkin menarik diri jika banyak pasukan utama seperti Itali tidak berjaya melayakan diri ke pusingan kedua.

“Jika tujuh pemain Costa Rica, mengapa tidak tujuh untuk pemain Itali,” kata Maradona kepada Argentine TV.

“Ini sesuatu yang baru. Tetapi perkara yang berlaku ini telah menyakitkan hati ramai pihak ketika kejayaan Costa Rica melayakan diri dan pasukan bekas juara terkandas kerana penaja mungkin tidak mahu membayar seperti yang dijanjikan.”

“Ini satu perlanggaran peraturan. Setiap pasukan perlu menghantar dua pemain melakukan ujian anti-doping. Ini telah berlaku dan saya tidak menyukainya, jadi saya bebas untuk berbicara mengenainya.”

“Mengarahkan 7 pemain Costa Rica menjalani ujian anti-doping menunjukan tanda tidak hormat kepada pemain dan peraturan. Costa Rica telah mengharungi aksi kelayakan dengan cukup hebat, mereka berhadapan tiga pasukan juara dunia namun mereka telah menewaskan mereka dengan kualiti permainan yang baik.”

Costa Rica telah menamakan tujuh pemain untuk menjalani ujian anti-doping termasuk Bryan Ruiz, Michael Barrantes, Keylor Navas, Celso Borges, Christian Bolanos, Marco Urena dan Diego Calvo. Skuad bimbingan Luis Pinto itu bakal turun dalam perlawanan terakhir kumpulan B menentang England yang sudah tersingkir dari saingan Piala Dunia 2014 di Estadio Mineirão, Belo Horizonte pada 25 Jun ini.

This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply