[FIFA] GENERASI BARU ENGLAND AKAN MENYINAR DI EURO 2016

Jack-Wilshere-England-World-Cup-2014Bintang muda Arsenal, Jack Wilshere tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya ekoran kegagalan England untuk melayakan diri ke peringkat 16 pasukan terbaik Piala Dunia FIFA 2014. Di sebalik persembahan buruk The Three Lions di Brazil namun Wilshere berpendapat bahawa ini merupakan satu pendedahan yang baik untuk pemain-pemain muda yang bersedia untuk memberi impak yang baik pada masa hadapan.

“Masanya sudah berakhir untuk kami menjadi pemain muda. Mudah bagi saya untbangun dan mengatakan bahawa kami masih muda, kami boleh pergi lebih jaun tetapi jika anda melihat skuad Jerman yang memiliki ramai pemai muda yang memacu skuad mereka kini,’ kata Wilshere.

“Saya berusia 22 tahun. Ross (Barkley), Luke (Shaw) dan Raheem (Sterling) juga adalah pemain muda. Mereka telah membuktikan dalam kejohanan ini bahawa mereka mampu melakukannya tetapi dalam kejohanan akan datang kami berusah untuk mencapai (kejayaan). Saya akan berusia 23 tahun Januari depan dan itu merupakan masa terbaik sebagai pemain bola sepak.”

“Segalanya tampak lemah. Saya benar-benar kecewa apabila kami terpaksa pulang awal dan apabila saya bangun setiap hari dan berfikir ; ‘Bagaimana jika ini, apa pula jika itu’. Ini merupakan kumpulan pemain muda yang bagus dan semoga kami dapat kekal bersama, belajar sesuatu dari kejohanan ini, melupakan segala kekecewaan dan membina kembali harapan.”

Jack Wilshere yang masih bergelut dengan kecederaan buku lali ketika tugasan antarabangsa bersama The Three Lions pada Mac lalu namun tetap disenaraikan oleh Roy Hodgson dalam skuad Piala Dunia England ke Brazil. Sepanjang kejohanan ini, pemain tengah berusia 22 tahun itu hanya beraksi sebagai pemain gantian ketika England tewas 1-2 kepada Itali sebelum disenaraikan dalam kesebelasan utama dalam perlawanan menentang Costa Rica kelmarin.

This entry was posted in FIFA and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply