[EPL] CESC FABREGAS KEMBALI KE LIGA PERDANA INGGERIS

Cesc-Fabregas-sah-sertai-ChelseaPemain antarabangsa Sepanyol, Cesc Fabregas menamatkan spekulasi kepulangannya ke Liga Perdana Inggeris apabila menandatangani kontrak selama 5 tahun bersama Chelsea. Pemain tengah berusia 27 tahun meninggalkan Barcelona selepas 3 tahun dengan meraih beberapa kejuaraan termasuk 1 kejuaraan La Liga (2012/13), 2 kejuaran Copa de Espana (2011,2013), 1 Copa del Rey (2012), 1 Piala Super UEFA (2011) dan 1 kejuaraan Piala Dunia Kelab FIFA (2011).

Fabregas yang dilahirkan di Arenys de Mar telah memulakan karier awal bersama akademi Barcelona ketika berusia 10 tahun sebelum berhijrah ke Arenal pada 11 September 2003 ketika berusia 16 tahun 130 hari. Pemain muda terbaik PFA 2007/08 itu pernah menghabiskan tempoh 8 musim di Liga Perdana Inggeris bersama Arsenal sebelum berpindah ke Nou Camp pada 15 Ogos 2011 yang dianggarkan bernilai €35 juta.

“Pertama sekali, saya mahu berterima semua orang di FC Barcelona di mana saya sangat gembira sepanjang 3 tahun yang hebat di sana,” kata Fabregas menerusi laman web rasmi Chelsea.

Cesc-Fabregas-young-in-Barcelona“Itu merupakan kelab zaman kanak-kanak saya dan saya sentiasa bangga dan bertuah apabila saya berpeluang bermain dengan pasukan yang hebat. Saya merasakan saya masih mempunyai urusan yang belum selesai di Liga Perdana Inggeris dan ini adalah masa sesuai untuk saya kembali.”

“Saya telah mempertimbangkan semua tawaran dengan berhati-hati dan saya sangat yakin bahawa Chelsea adalah pilihan terbaik. Mereka serasi dengan pemain bola sepak saya di mana mereka sentiasa dahagakan kejuaraan untuk memenangi kejuaraan.”

“Mereka memiliki skuad yang mantap dan mempunyai pengurus yang luar biasa. Saya benar-benar komited bersama pasukan ini (Chelsea) dan tidak sabar untuk kembali beraksi,” kata pemain berusia 27 tahun itu lagi.

Buat Cesc Fabregas, selamat maju jaya.

This entry was posted in EPL and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply