[BULETIN] ZAK ANSAH SAH SERTAI CHALTON ATHLETIC

Bekas penyerang muda Arsenal, Zak Ansah telah menandatangani kontrak selama dua tahun bersama Charlton Athletic. Penyerang berusia 20 tahun itu merupakan produk akademi Hale End menyertai The Addicks selepas dilepaskan oleh Arsenal. Penyerang berketurunan Ghana ini pernah dihimpit masalah kecederaan lutut yang serius pada musim 2011/12 menyaksikan kariernya sedikit suram.

Zak Ansah pernah mewakili skuad kebangsaan England B-16 dan B-17 serta menyertai skuad kebangsaan Ghana B-20 tahun dalam rangka persiapan ke Piala Dunia B-20 d Turki. Penyerang kelahiran Sidcup itu bakal menyertai skuad bimbingan Jason Euells dalam jelajah pra-musim ini. Jurulatih Pembangunan Charlton itu nyata gembira dengan kejayaan menandatangani penyerang berusia 20 tahun itu.

“Apabila seorang penyerang yang berkaliber tidak terikat, anda tidak akan melepaskannya,” kata Jason Euells menerusi laman web rasmi Charlton Athletic.

“Saya mempunya hubungan baik dengan bapanya (Andy Ansah) jadi saya tahu dia mengenainya dan kelebihan yang dimilikinya dan kami mahu mendapatkannya secepat mungkin.”

“Kami melihat Zak (Ansah) akan menjadi pemain utama kami dan dia cukup cergas untuk memacu kelab ke hadapan.””Dia baru berusia 21 tahun hujung musim ini dan dia merupakan pemain yang kami perlukan. Kami berharap dia akan memberi kelainan kepada pasukan utama kami,” kata Euells lagi.

This entry was posted in Buletin and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply