[BULETIN] USMANOV MAHU TINGKATKAN SAHAM DI ARSENAL

Alisher-Usmanov-BloombergJutawan Russia, Alisher Usmanov gembira dengan kedudukan selaku pemegang saham ke-2 terbesar Arsenal selepas taikun hartanah US, Stan Kroenke. Usmanov menduduki tempat ke-41 dalam senarai Forbes dengan memiliki kekayaan sebanyak $19.5 billion mengusaha perniagaan dalam bidang besi keluli, telekomunikasi, pelaburan, pencetakan dan sebagainya. Namun, jutawan kelahiran Russia itu bersedia untuk meningkatkan bidaannya sebagai salah satu cabang bisnes pelaburannya.

“Ramai yang bertanya mengapa saya mahu meningkatkan bidaan saya di Arsenal berbanding melaburkan wang dalam bola sepak Russia,” kata Usmanov kepada wartawan Bloomberg baru-baru ini.

“Sebenarnya, saya telah melabur jutaan Dollar dalam sukan di Russia setiap tahun – jumlah yang lebih banyak berbanding perlaburan saya di Arsenal. Tetapi saya rasa perkara yang sangat penting kerana Liga Perdana Inggeris merupakan bisnes sukan yang berprofil tinggil di mana Arsenal sekali dan selamanya akan menjadi bisnes pelaburan bagi saya.”

Arsenal-Fly-Emirates-sponsorship“(Arsenal) merupakan salah satu kelab yang berprestasi di mana pengurusan komersial telah diuruskan dengan baik dan saya benar-benar yakin ia akan menjadi salah satu pelaburan yang berjaya. Saya gembira dari segi jumlah pegangan saham yang saya miliki di Arsenal terapi bersedia meningkatkannya.”

“Satu lagi perkara : cukai yang saya bayar hasil daripada keuntungan perniagaan saya di Russia akan berpotensi untuk kembali kepada pembangunan bola sepak Russia,” kata Usmanov lagi

Alisher Usmanov kini memegang 8,695 saham menerusi syarikatnya, Syarikat Red and White Holdings Ltd yang menyumbang 30.04% pegangan saham manakala Stan Kroenke menerusi Syarikat KSE mempunyai 41,596 saham (66.85%).

This entry was posted in Buletin and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply