[BULETIN] STEVE BOULD BAKAL GANTI ARSENE WENGER

steve-bould-manager-arsenal-in-futureLagenda Arsenal, Steve Bould kini di landasan terbaik untuk mengantikan Arsene Wenger selepas memberi persembahan yang memberansangkan selepas mengambil alih jawatan penolong pengurus Arsenal. Terdahulu, Arsene Wenger telah menandatangi kontrak lanjutan selama 3 tahun untuk terus kekal di Stadium Emirates sekaligus mengekalkan legasinya sejak Oktober 1996.

Lantaran itu, Steve Bould turut disebut-sebut sebagai penganti kepada Arsene Wenger andai pengurus kelahiran Perancis bersara suatu hari nanti. Bekas pertahanan kental yang pernah beraksi dalam 372 perlawanan bersama The Gunners sebelum menyertai kem kejurulatihan Arsenal pada Jun 2001. Bould pernah membantu skuad remaja remaja Arsenal menjulang Liga Perdana Remaja pada 2009 dan 2010 selain Piala FA Remaja pada 2009.

Bekas pemain Arsenal berusia 51 tahun kemudiannya dipilih oleh Arsene Wenger sebagai pembantunya pada 10 Mei 2012 ekoran persaraan Pat Rice. Meskipun dikritik hebat pada musim pertamanya selaku penolong pengurus Arsenal namun, Bould semakin menunjukan keserasian bersama skuad The Gunners sekaligus disebut-sebut sebagai penganti Wenger.

“Steve (Bould) dan Arsene (Wenger) mempunyai hubungan kerja yang hebat. Dia berkomikasi dengan baik dan mendapat penghormatan daripada ramai pihak,” kata sumber dalam Arsenal itu.

This entry was posted in Buletin and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply