[PERSPEKTIF] WENGER IDAM TROFI LIGA JUARA-JUARA EROPAH

arsene-wenger-tony-adams-double trophyLagenda Arsenal, Tony Adams percaya bahawa trofi Liga Juara-Juara Eropah merupakan motivasi terbesar untuk Arsene Wenger terus kekal bersama The Gunners. Bekas pertahanan England berusia 47 tahun itu telah menghabiskan tempoh 21 tahun bersama Arsenal dengan menjulang pelbagai kejuaraan termasuk 4 kejuaraan Liga Inggeris, 3 kejuaraan Piala FA, 2 kejuaraan Piala Liga, 3 Perisai Komuniti serta 1 kejuaraan Piala Eropah.

Bekas kapten Arsenal itu pernah beraksi di bawah kendalian Arsene Wenger dari 1996 hingga 2002 sebelum bersara selaku pemain bola sepak professional. Pengurus kelahiran Perancis itu telah memenangi semua kejuaraan utama bersama Arsenal kecuali Liga Juara-Juara Eropah. Namun, Arsene Wenger yang baru sahaja membimbing Arsenal merangkul kejuaraan Piala FA 2014 menegaskan dirinya akan terus kekal bersama The Gunners.

“Dia (Wenger) ingin menjulang kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah. Dan dia masih yakin pemain-pemainnya ketika ini masih mampu melakukannya,” kata Adams kepada Goal.com.

Arsenal's French manager Arsene Wenger w“Selagi dia masih yakin (dengan pemain Arsenal), dia akan kekal di sini. Jika dia tidak yakin skuad ini mampu memenangi Liga Juara-Juara Eropah, dia mungkin akan berhijrah ke barcelona atau kelab lain yang mampu merealisasikan impiannya.”

“Ia (Wenger) sangat ingin memenangi Liga Champions. Dan ia masih berpikir materi pemain saat ini bisa melakukannya. Selama ia masih mempercayainya, maka ia masih akan tetap di Arsenal.”

“Mungkin dia (Wenger) semakin dihimpit oleh waktu. Saya tidak mahu berkongsi pendapat tentang skuad Arsenal. Tetapi dia harus kekal di sini.”

“Dari segi kewangan, dia sudah melakukan yang terbaik untuk kelab. Terdapat bangunan yang hebat (stadium baru) di sini dan mungkin lebih bagus daripada Red Devil yang anda kenali,” kata Adams lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply