[PERSPEKTIF] SAYA AKAN KEKAL JIKA MASIH DIPERLUKAN – ARTETA

Mikel-Arteta-2013-01Tonggak tengah Arsenal, Mikel Arteta percaya bahawa pengalamannya yang luas akan menjadi sebahagian daripada pertimbangan ketika perbincangan mengenai kontrak baru bersama The Gunners. Dengan polisi Arsenal yang tidak menawarkan kontrak jangka masa panjang untuk pemain-pemain berusia 30 tahun dan ke atas namun Arteta masih berharap untuk menyambung kontrak barunya. Pemain berusia 32 tahun itu menyertai Arsenal dari Everton pada musim panas 2011.

Pemain kelahiran San Sebastian, Sepanyol ini memulakan karier awal bersama Antiguoko dan Barcelona sebelum beraksi bersama-sama beberapa kelab utama Eropah termasuk Paris Saint-Germain, Rangers, Real Sociedad dan Everton. Sepanjang bersama Arsenal, Arteta telah beraksi dalam 133 perlawanan dengan menjaringkan 13 gol setakat ini. Arteta merasakan dirinya masih diperlukan oleh Arsene Wenger sebelum menandatangani kontrak lanjutan.

“Saya tidak menilai pemain berdasarkan umur. Samada (Tomas) Rosicky dan Jack Wilshere, saya menilai mereka bukan berdasarkan umur,” kata Arteta kepada Guardian.

“Usia boleh menjadi aset kepada eklab ini. Bagi saya, aset yang paling besar ialah apabila seseorang itu bermain lebih 125 perlawanan dalam tempoh 3 tahun berbanding pemain yang hanya bermain dalam 25 perlawana ketika masih berusia 20 tahun. Itu adalah pendapat saya.”

Mikel-Arteta-Arsenal-celebration-2012“Saya faham dengan pandangan kelab ; ‘Mikel bukan pemain £25 juta kerana dia bukan berusia 22 tahun lagi’. Tetapi saya yakin saya masih mampu menyumbang. Jadi itu sebahagian daripada keseimbangan dalam mentaliti. Kami akan menganalisa dan berbincangan mengenainya.”

“Saya tahu sejarah kelab ini untuk pemain berusia 30 tahun dan saya tidak sama ada mereka merancang untuk mengubah atau mengekalkannya. Saya akan memberikan pendapat. Saya akan berbincang dengan mereka musim panas ini dan kita lihat apa yang mereka akan lakukan,”

“Saya akan kekal jika mereka mahu saya terus berada di sini dan saya rasa masih mampu untuk menyumbang (kepada Arsenal). Ketika saya rasa saya tidak beraksi baik, kata-kata pertama dari mulut saya : “Lihat, kami ada pemain muda berusia 20-25 tahun yang bermain lebih baik dari kamu.”

“Ini masa untuk saya bergerak ke hadapan. Mereka tidak akan menghadapi masa dengan saya mengenainya,” kata pemain kelahiran Sepanyol itu lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply