[PERSPEKTIF] RAMSEY PERLU SENTIASA CERGAS UNTUK LEBIH MENYERLAH

Aaron-Ramsey-Arsenal-star-2014Bekas penjaga gol Arsenal, Jens Lehmann berpendapat bahawa Aaron Ramsey perlu cergas untuk keseluruhan kempen Liga Perdana Inggeris sebelum boleh dilabelkan selaku pemain berkelas dunia. Ramsey merupakan watak penting kejayaan The Gunners musim ini namun masalah kecederaan yang dialaminya turut mempengaruhi prestasi Arsenal. Menurut Lehmann, seseorang pemain itu perlu mengekalkan kecergasan sebagai faktor utama untuk mencapai kemuncak prestasi.

“(Aaron) Ramsey merupakan seorang penghubung yang hebat jika anda memerhatinya dalam beberapa musim ke belakangan ini. Dia bermain dengan bagus tetapi tidak cukup cemerlang,” kata Lehmann kepada BBC Radio Wales.

“Dan seperti yang anda ketahui dia tahu bagaimana untuk menjaringkan goll. Dia bercapai matlamat. Malangnya dia terlalu berkerja keras -akhirnya dia mengalami kecederaan kembali.”

“Dan apabila anda mahu menjadi seorang pemain berkelas dunia, perkara yang paling penting ialah untuk sentiasa kekal cergas. Tetapi jika anda tidak dapat cergas sebaik yang anda mahukan tetapi juga anda akan kehilangan retak dan mungkin juga fizikal anda.”

Aaron-Ramsey-vs-Everton-April-2013“Dan itu apa yang Arsenal tidak dapat berikan kepada Aaron (Ramsey) kerana dia sememangnya memiliki karekter yang hebat dan bakat yang luar biasa di mana dia perlu sentiasa cergas sepanjang masa,” kata bekas penjaga gol Arsenal itu lagi.

Musim ini, Aaron Ramsey telah menampilkan aksi cemerlang bersama The Gunners dengan meledak 13 gol dan menghasilkan 8 assist dalam 27 perlawanan musim ini sebelum disisihkan lebih 4 bulan kerana mengalami kecederaan paha pada 26 Disember lalu. Namun, pemain berusia 23 tahun itu kembali beraksi dalam beberapa perlawanan terakhir musim termasuk menjaringkan gol kemenangan Arsenal dalam perlawanan akhir Piala FA 2014.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply