[PERSPEKTIF] OZIL BAKAL LEBIH CEMERLANG MUSIM DEPAN – PIRES

Mesut-Ozil-Arsenal-vs-NapoliLagenda Arsenal, Robert Pires melaungkan keyakinan bahawa Mesut Özil akan tampil lebih cemerlang musim hadapan. Playmaker Jerman itu bergelut untuk mendapatkan prestasi terbaiknya di Stadium Emirates sejak tiba dari Real Madrid pada hari-hari jendela perpindahan musim panas lalu dengan yuran perpindahan sebanyak £42.5 juta sekaligus muncul selaku pemain termahal Arsenal.

Meskipun dikritik hebat lantaran gagal untuk menampilkan prestasi terbaik bersama The Gunners namun Mesut Ozil berjaya menjaringkan 7 gol dan 13 assist dalam 38 perlawanan musim ini. Robert Pires berpendapat bahawa pemain tengah berusia 25 tahun itu masih berusaha untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan baru di England dan bakal menyerlah bersama Arsenal tidak lama lagi.

Mesut-Ozil-with-Robert-Pires-training“Saya menyukai (Mesut) Özil. Dia seorang pemain yang bagus dengan kualiti yang dimilikinya,” kata Pires kepada Sky Sports baru-baru ini.

“Ketika anda tiba di England, situasinya sangat sukar kerana (corak permainan) bola sepaknya sangat berbeza.”

“Bagi saya, ianya sangat sukar untuk tempoh 6-7 bulan pertama. Ketika saya berjumpa dengan Mesut, saya mengatakan kepadanya bahawa dia mengharungi musim pertama di Liga Perdana Inggeris dengan baik.”

“Dia (Ozil) akan lebih baik (musim depan). Selepas 6-7 bulan, segalanya akan menjadi mudah,”kata bekas pemain tengah Perancis berusia 40 tahun itu lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply