[PERSPEKTIF] KEJUARAAN PIALA FA 2014 TITIK KEBANGKITAN ARSENAL

Arsenal-juara-Piala-FA-2013-2014Selepas 9 tahun dihimpit kejuaraan, Arsenal akhirnya berjaya menjulang kejuaraan pertama sejak berpindah ke Stadium Emirates pada tahun 2006. The Gunners bangkit dari ketinggalan 0-2 untuk menewaskan Hull City 3-2 dalam perlawanan yang berlanjutan sehingga 120 minit untuk menjulang kejuaraan Piala FA musim 2013/14. Pengurus Arsenal, Arsene Wenger yakin bahawa kejayaan dalam Piala FA musim ini bakal menjadi titik kebangkitan dalam karier pemain-pemain Arsenal.

“Kami ingin mencipta sejarah malam ini dan memenangi perlawanan. Kami berjaya melakukannya. Kami mampu bangkit dan menunjukkan cara bermain di perlawanan akhir,” kata Wenger kepada ITV.

“Saya sangat gembira bersama pemain-pemain kerana saya rasa ini merupakan titik kebangkitan bagi mereka dalam karier bersama kelab ini. Saya memuji semangat yang ditunjukkan oleh pasukan ini dan bangga dengan pencapaian mereka.”

“Kami mengharungi kesukaran dalam beberapa perlawanan musim ini tetapi kami berjaya membuktikan sesuatu – keyakinan dan kepercayaan diri tetapi secara keseluruhannya kami telah mengumpul 79 mata dan beraksi baik dalam Liga Juara-Juara Eropah. Pasukan kami telah menujukan prestasi konsisten dan kami layak memenagi kejuaraan ini.”

Arsenal-celebrates-win-against-WiganSementara itu, Mikel Arteta bangga dengan karakter seorang juara yang dipamerkan oleh rakan-rakan sepasukannya. Meskipun Arsenal ketinggalan 0-2 pada 10 minit pertama perlawanan namun The Gunners tidak mudah mengalah dan berusaha untuk mencari gol penyamaan. Arteta turut mengakui bahawa Arsenal sememangnya layak untuk bergelar juara selepas menampilkan persembahan yang luar biasa di pentas akhir.

“Ini suatu perkara yang sukar untuk dipercayai. Ketika anda ketinggalan 0-2 sangat sukar untuk bangkit dan menjadi juara,”kata pemain tengah Arsenal itu.

“Sudah lama kami tidak menjadi juara dan ini suatu perkara yang sangat baik (untuk memenangi Piala FA 2014). Perlawanan bermula dengan sangat mengejutkan. Namun kami menunjukkan karekter dan semangat hingga ke minit-minit akhir.”

“Aaron Ramsey (penjaring gol kemenangan Arsenal) adalah pemain terbaik yang berada di atas padang di mana ketika dia benar-benar cergas, dia merupakan orang layak untuk menjaringkan gol.”

“Dan itu yang kadang kala terjadi dan hari ini ianya menjadi realiti. Kami (Arsenal) berjaya melakukannya,” kata Arteta lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply