[PERSPEKTIF] CORAK PERMAINAN ARSENAL TERLALU MENYERANG

Tony+Adams+kapten+lagenda+ArsenalWalaupun baru sahaja menamatkan kemarau kejuaraan sejak 9 tahun yang lalu namun The Gunners menerima kritikan daripada bekas pemainnya, Tony Adams. Skuad bimbingan Arsene Wenger berjaya menjulang kejuaraan Piala FA 2013/14 selepas menewaskan Hull City 3-2 dalam perlawanan yang berlanjutan sehingga ke masa tambahan. Kejuaraan Piala FA itu merupakan trofi pertama Arsenal sejak berpindah ke Stadium Emirates pada 22 Julai 2006.

Namun, Tony Adams menghamburkan kritikan terhadap skuad bimbingan Arsene Wenger yang dilihat terlalu fokus untuk menyerang berbanding dari aspek bertahan. Kenyataan Adams itu ada asasnya di mana musim ini Arsenal dibelasah 0-6 oleh Chelsea dan 1-5 oleh Liverpool selain tewas 3-6 kepada Manchester City. Lantaran itu, pertahanan lagenda Arsenal itu berharap Arsene Wenger dapat menyeimbangkan pasukan bagi menjelang saingan musim baru nanti.

Arsenal-celebration-vs-Marseille-2013“Saya percaya bahawa sebuah pasukan bola sepak memerlukan keseimbangan dan saya rasa Arsenal tidak memilikinya ketika ini,” kata Tony Adams kepada Sky Sports News Radio.

“Dia (Wenger) memiliki terlalu ramai pemain serangan. (Mesut) Ozil adalah perpindahan yang hebat dan dia merupakan pemain yang cemerlang. Tetapi mereka memerlukan lebih lagi pemain hebat untuk membawa lebih kejuaraan seterusnya.”

“Saya rasa mereka memiliki ramai pemain – (Santi) Cazorla, (Jack) Wilshere, (Aaron) Ramsey dan (Tomas) Rosicky yang cemerlang musim ini.”

“Tetapi saya mahu melihat dua pertahanan yang kental dan seorang pemain tengah yang mantap seperti Emanuel Petit atau Patrick Vieira suatu ketika dahulu – seseorang pemain yang perlu ada untuk memberikan sedikit kelainan,” kata lagenda Arsenal itu lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply