[PERSPEKTIF] ARSENAL PERLU TAMBAH PEMAIN BERKELAS DUNIA

Liam-Brady-Arsenal-2013Lagenda Arsenal, Liam Brady berharap bekas kelabnya akan menandatangani 3 pemain baru semasa jendela perpindahan musim panas ini jika mahu menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim depan. Bekas pemain The Gunners berusia 58 tahun itu turut mengesa Arsene Wenger membawa masuk penyerang baru untuk bergandingan dengan Olivier Giroud di bahagian serangan. Liam Brady yang berkhidmat selaku Ketua Pembangunan Remaja Arsenal itu bakal meninggalkan The Gunners hujung musim ini.

“Olivier Giroud telah melakukan tugasnya dengan baik musim ini dan kami (Arsenal) kehilangan Theo Walcott hampir keseluruhan musim di mana dia banyak menjaringkan gol,” kata Brady kepada talkSPORT.

arsenal-ramsey-walcott-giroud“Tetapi saya rasa Olivier Giroud mampu melakukan dengan gandingannya untuk memberikannya rehat yang secukupnya. Mereka memerlukan dua atau tiga penyerang berkelas dunia jika mahu menjulang kejuaraan.”

“Pemain defensive midfielder dan central midfielder masih diperlukan. Jadi, mungkin dua atau tiga perlu berada dalam senarai pembelian mereka dan saya rasa kelab perlu meletakan mereka dalam situasi yang sesuai untuk melakukan urusan ini.”

“Jika mereka berjaya memenangi Pila FA dan melayakan diri ke LIga Juara-Juara Eropah, itu merupakan platform terbaik untuk mereka membina pasukan,” kata lagenda Arsenal itu lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply