[PERSPEKTIF] ARSENAL BAKAL RAIH LEBIH BANYAK KEJUARAAN

Mikel-Arteta-lift-FA-Cup-trophy-2014Tonggak tengah Arsenal, Mikel Arteta melaungkan keyakinan bahawa kejuaraan Piala FA bakal menjadi trofi pembukaan untuk Arsenal meraih lebih banyak kejuaraan pada masa akan datang. The Gunners berjaya menamatkan kemarau kejuaraan sejak 9 tahun yang lalu apabila berjaya menjulang kejuaraan Piala FA 2013/14 dengan menewaskan Hull City 3-2 dalam perlawanan akhir di Stadium Wembley hujung minggu lalu.

“(Kejuaraan) itu merupakan hari yang indah. Penyokong-penyokong layak menerimanya kerana mereka sudah menunggu terlalu lama. Kami sangat gembira,” kata Arteta kepada talkSPORT.

“Tekanan kami sudh hilang. Kami menunggu terlalu lama. Sekarang kami sudah mempunyai cita-cita untuk cemerlang di atas padang. Kami semakin percaya kepada diri sendiri dan berharap kejayaan akan berterusan pada musim hadapan.”

Arsene-Wenger-talks-to-Mikel-ArtetaSementara itu, Mikel Arteta turut berharap agar Arsene Wenger terus kekal di Stadium Emirates untuk terus membimbing Arsenal. Pengurus kelahiran Perancis itu telah menghabiskan 18 musim bersama The Gunners namun kontraknya bakal berakhir hujung musim ini. Pemain kelahiran Sepanyol berusia 32 tahun itu mengakui bahawa Arsene Wenger merupakan tonggak kejayaan Arsenal.

“Kaim berharap dia (Wenger) menandatangani kontrak baru secepat mungkin. Dia merupakan sumber kepercayaan di ke kelab,” kata Areta lagi.

“Dia cukup faham dengan cara pengurusan kelab dan menyelesaikan masalah di atas padang. Saya yakin dia akan melanjutkan kontraknya.”

“Apabila melihat kepada sejarah Arsene Wenger dan kelab, saya akan terkejut jika dia tidak menandatangani kontrak baru bersama Arsenal,” kata pemain kelahiran Sepanyol itu lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply