[PERSPEKTIF] 4 TERBAIK SATU PENCAPAIAN, PIALA FA SATU KEJAYAAN

Arsenal-juara-Piala-FA-2013-2014Lagenda Arsenal, Nigel Winterburn mengakui bahawa pasukan kesayangannya itu sudah mula mempamerkan watak sebenar selepas berjaya menamatkan kemarau kejuraan sejak 9 tahun yang lalu. Hujung minggu lalu, Arsenal berjaya menewaskan Hull City pada perlawanan akhir Piala FA meskipun ketinggalan 2 gol pada 10 minit pertama perlawanan. Namun, jaringan daripada Santi Cazorla dan Laurent Koscielny pada setiap babak kembali mengikat kedudukan untuk mengheret perlawanan ke masa tambahan.

Aaron Ramsy muncul wira The Gunners pada masa tambahan sekaligus menghadiahkan kejuaraan pertama Arsenal sejakkali terakhir menjulang Piala FA pada 2005. Arsenal juga cemerlang menguasai persada liga selama 5 bulan sebelum kehilangan tahta kepada Manchester City. Nigel Winterburn berpendapat kejayaan melayakan diri ke saingan Liga Juara-Juara Eropah serta menjulang kejuaraan Piala FA 2014 adalah satu pencapaian besar buat Arsenal.

“(Musim ini) merupakan satu kejayaan dan jangan biarkan sesiapa pun menyatakan tentang anda dengan pandangan yang berbeza,” kata Winterburn kepada Perform.

“Mereka (Arsenal) beraksi dalam Liga Perdana Inggeris, mereka bersaing dalan Liga Juara-Juara Eropah di mana mereka mahu memenanginya dan kemudiannya mereka menjulang Piala FA.”

“Jika mereka (Arsenal) tidak memenangi dua yang pertama itu tetapi mereka telah memenangi Piala FA dan ini merupakan satu musim yang berjaya selain menduduki tempat keempat dalam liga.”

Arsenal-celebrates-win-against-Wigan“Tempat keempat adalah satu pencapaian, Piala FA adalah satu kejayaan. Tiada sesiapa pun yang mempersoalkan jika mereke tidak berjaya kerana banyak pasukan di luar sana yang bangga menjulang trofi Piala FA.”

Nigel Winterburn yakin bahawa penamat musim ini yang cemerlang sangat penting untuk masa depan Arsenal. Bekas pertahanan kiri berusia 50 tahun itu telah beraksi dalam 584 perlawanan bersama The Gunners dengan menjaringkan 12 gol. Lagenda Arsenal itu berharap Arsene Wenger akan mengekalkan pemain-pemain yang sedia ada dan membawa masuk beberapa pemain untuk memperkuatkan skuad semasa pra-musim nanti.

“Saya suka jika dia (Wenger) membelanjakan sejumlah wang untuk memperkuatkan pasukan. Saya tidak mahu melihat sebarang alasan jika dia tidak memperkuatkan skuadnya dan mahu melihat pasukan benar-benar mencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim hadapan,” kata Winterburn lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply