[PERPINDAHAN] SAGNA HAMPIR PASTI TINGGALKAN ARSENAL

Bacary+Sagna+Arsenal+v+Man+CityPertahanan antarabangsa Perancis, Bacary Sagna akhirnya membuka mulut mengenai isu perpindahannya keluar dari Stadium Emirates pada musim panas ini. Bek kanan berusia 31 tahun itu dikhabarkan bakal menandatangani kontrak selama 3 tahun bersama Manchester City dan bakal menerima gaji £120,000 seminggu selepas kontraknya bersama The Gunners berakhir 30 Jun ini.

Selain Manchester City, Bacary Sagna juga dikhabarkan turut mendapat tawaran daripada Inter Milan dan Paris Saint-Germain. Terdahulu, pemain kelahiran Sens, Perancis itu menolak tawaran kontrak selama 2 tahun dan gaji sebanyak £80,000 seminggu daripada Arsenal. Sagna turut mengakui aksi di perlawanan akhir Piala FA menentang Hull City tempoh hari sebagai penampilan terakhirnya selaku The Gunners.

“Ini bukan menjadi rahsia lagi. Saya akan meninggalkan Arsenal, in sudah pasti,” kata Sagna kepada L’Equipe.

“Mereka (Arsenal) sudah berusahan untuk mempertahankan saya tetapi persepakatan itu tidak seperti yang saya harapkan.”

Bacary-Sagna-with-FA-Cup-throphy“Saya tidak memikirkannya tetapi ia seperti mimpi apabila saya menamatkan seperti itu di Wembley dengan menjulang trofi. Ini satu penghargaan dapat menyarung jersi (Arsenal).”

Bacary Sagna menyertai Arsenal dari kelab Perancis, Auxerre pada 12 Julai 2007 dengan yuran perpindahan sebanyak €9 juta. Bek kanan berusia 31 tahun itu telah menghabiskan tempoh 7 musim di Stadium Emirates dengan melakukan 284 penampilan dan menjaringkan 5 gol. Sagna kini dalam rangka persiapan terakhir bersama skuad Piala Dunia Perancis sebelum terbang ke Brazil.

This entry was posted in Perpindahan and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply