[KOMENTAR] ROY HODGSON GEMBIRA WILSHERE SEMAKIN CERGAS

Jack-Wilshere-tackled-by-Daniel-AggerPengurus England, Roy Hodson mengakui bahawa bintang muda Arsenal, Jack Wilshere semakin cergas dan sedia untuk diturunkan dalam saingan Piala Dunia 2014. Pemain tengah England itu mengalami kecederaan pergelangan kaki ketika tugasan antarabangsa menentang Denmark pada 6 Mac lalu akibat diterjah oleh Daniel Agger sekaligus terpaksa berehat hampir 2 bulan.

Namun, Jack Wilshere semakin pulih selepas beraksi dalam dua perlawanan bersama The Gunners musim ini ketika menentang Norwich City dan Hull City pertengahan Mei lalu. Kini, pemain berusia 22 tahun itu sudah cergas sepenuhnya dan sedia untuk beraksi bersama The Three Lions.  Pengurus England, Roy Hodgson turut berterima kasih kepada Arsene Wenger yang banyak membantu proses pemulihan Wilshere.

“Saya tidak bimbang dengan keadaan Jack (Wilshere). Minggu ini, dia mengucapkan terima kasih kepada Arsene Wenger,” kata Roy Hodgson baru-baru ini.

“Dan saya juga mahu berterima kasih kepadanya. Arsene (Wenger) adalah seorang pelatih yang bijak dan dia tahu bahawa Jack sangat ingin beraksi di Piala Dunia. Saya rasa dia telah merawatnya dengan baik sehingga dia berada di tahap terbaik untuk ke Piala Dunia.”

“Wenger sempat menurunkannya dua minggu sebelum tiba waktunya namun dia sentiasa berhati-hati untuk menurunkan Jack (Wilshere),” kata pengurus England itu lagi.

This entry was posted in Komentar and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply