[FIFA] SWITZERLAND UMUM 23 PEMAIN KE PIALA DUNIA 2014

Switzerland-176295Pengurus Switzerland, Ottmar Hitzfeld telah mengumumkan senarai 23 pemain dan 7 pemain simpanan untuk ke Piala Dunia 2014. Pengurus kelahiran Jerman itu telah menyenaraikan skuad campuran muda dan berpengalaman bagi menghadapi saingan di Brazil nanti. Switzerland kini berada di ranking ke-8 FIFA cemerlang sepanjang pusingan kelayakan dengan mencatatkan rekod tanpa kalah dalam 10 perlawanan (7 kemenangan, 3 seri).

“Sasaran kami untuk layak ke pusingan 16 terbaik, jadi kami tidak berada di kedudukan yang tertekan,” kata Hitzfeld kepad sidang media semalam.

“Apa yang boleh saya katakan bahawa skuad kali ini lebih baik dari 4 tahun lepas, semua orang menjangkakan kami akan melayakan dir ke pusingan 16 terbaik. Saya sangat optimis dan merasakan kami lebih baik.”

“Kami memiliki ramai pemain yang kreatif, lebih keserasian dan semangat juang yang tinggi. Pasukan dibentuk di dalam dan luar padang. Kami adalah sebahagian yang dahagakan kejuaraan.”

Josip-Drmic-to-ArsenalPenyerang berbisa Nurnberg, Josip Drmić yang cemerlang dalam saingan Bundeslinga dengan meledak 17 gol dalam 33 perlawanan musim ini. Pemain berusia 21 tahun itu bakal menyertai Bayer Leverkusen musim hadapan dengan menandatangani kontrak selama 5 tahun. Bintang muda Bayern Munich, Xherdan Shaqiri turut berada dalam senarai 23 pemain Switzerland ke Piala Dunia yang bakal membuka tirai Jun ini.

Selain itu, 6 pemain yang pernah beraksi dalam Liga Perdana Inggeris termasuk Valon Behrami, Johan Djourou, Gelson Fernandes, Reto Ziegler dan Philippe Senderos serta tiga tonggak FC Basel, Fabian Schar, Valentin Stocker serta Yann Sommer turut menjadi pilihan Ottmar Hitzfeld. Namun, pemain tengah Fulham, Pajtim Kasami sekadar berada dalam senarai menunggu.

SENARAI PENUH SKUAD PIALA DUNIA SWITZERLAND 2014

Penjaga Gol : Diego Benaglio (VfL Wolfsburg), Yann Sommer (FC Basel), Roman Buerki (Grasshoppers)

Pertahanan : Johan Djourou (Hamburg SV), Michael Lang (Grasshoppers), Stephan Lichtsteiner (Juventus), Ricardo Rodriguez (VfL Wolfsburg), Fabian Schaer (FC Basel), Philippe Senderos (Valencia), Steve von Bergen (Young Boys), Reto Ziegler (Sassuolo)

Midfielder : Tranquillo Barnetta (Eintracht Frankfurt), Valon Behrami (Napoli), Blerim Dzemaili (Napoli), Gelson Fernandes (Freiburg), Gokhan Inler (Napoli), Xherdan Shaqiri (Bayern Munich), Valentin Stocker (FC Basel), Granit Xhaka (Borussia Moenchengladbach)

Penyerang : Josip Drmic (Nuremberg), Mario Gavranovic (FC Zurich), Haris Seferovic (Real Socieded), Admir Mehmedi (Freiburg)

Senarai Menunggu : Marwin Hitz (Augsburg), Timm Klose (VfL Wolfsburg), Silvan Widmar (Udinese), Eren Derdiyok (Bayer Leverkusen), Fabian Frei (FC Basel), Pajtim Kasami (Fulham), Pirmin Schwegler (Eintracht Frankfurt)

This entry was posted in FIFA and tagged , , . Bookmark the permalink.