[FIFA] COSTA RICA UMUM 23 PEMAIN KE PIALA DUNIA 2014

costa-rica-135295Jurulatih Costa Rica, Jorge Luis Pinto menamakan senarai 23 pemain skuadĀ Los Ticos ke Piala Dunia 2014 di Brazil. Penyerang muda Arsenal, Joel Campbell dan penyerang pinjaman PSV Eindhoven, Bryan Luiz bakal mengetuai serangan Costa Rica selepas penyerang The Real Salt Lake, Alvaro Saborio yang terpaksa disisihkan selepas mengalami patah kaki semasa sesi latihan dan terpaksa berehat selama 3-4 bulan.

“Alvaro (Sobario) tidak akan ke Piala Dunia. Ianya tidak mudah untuk mencari pengantinya. Kami harus melihat ke hadapan,” kata Luis Pinto mengesah kecederaan penyerang berusia 32 tahun itu.

Sementara itu, pertahanan Everton, Bryan Oviedo juga diketepikan selepas mengalami patah kaki ketika perlawanan Piala FA menentang Stevenage Januari lalu. Beberapa pemain yang berada dalam senarai awal turut diketepikan oleh Pinto termasuk Esteban Alvarado (AZ Alkmaar), Kendall Waston (Saprissa), Carlos Hernandez (Wellington Phoenix), Hansell Arauz (Saprissa), Ariel Rodriguez (Alajuelense) dan Jairo Arrieta (Columbus Crew).

Skuad Los Ticos bakal mengharungi 2 perlawanan pemanas badan menentang Jepun (2 Jun) di Tampa, USA dan Republik Ireland (6 Jun) di Chester, USA sebelum berlepas ke Brazil. Costa Rica bakal memulakan saingan kumpulan B menentang Uruguay (14 Jun) di Fortaleza sebelum menghadapi Itali (20 Jun) di Recife dan England (24 Jun) di Belo Horizonte.

SENARAI PENUH SKUAD PIALA DUNIA COSTA RICA 2014

Penjaga Gol : Keylor Navas (Levante), Patrick Pemberton (Alajuelense) Daniel Cambronero (Herediano)

Pertahanan : Johnny Acosta (Alajuelense), Giancarlo Gonzalez (Columbus Crew), Michael Umana (Saprissa), Oscar Duarte (Bruges), Waylon Francis (Columbus Crew), Heiner Mora (Saprissa), Junior Diaz (Mainz 05), Christian Gamboa (Rosenborg), Roy Miller (New York Red Bulls).

Midfielder : Celso Borges (AIK), Christian Bolanos (Copenhagen), Esteban Granados (Herediano), Michael Barrantes (Aalesund), Yeltsin Tejeda (Saprissa), Diego Calvo (Valerenga), Jose Miguel Cubero (Herediano).

Penyerang : Bryan Ruiz (PSV Eindhoven/Fulham), Joel Campbell (Olympiakos/Arsenal), Randall Brenes (Cartagines), Marco Urena (FC Kuban Krasnodar).

This entry was posted in FIFA and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply