[EPL] REKOD DAN STATISTIK LIGA PERDANA INGGERIS 2013/14

Saingan Liga Perdana Inggeris 2013/14 melabuhkan tirainya hujung minggu lalu dengan Manchester City sah dinobatkan sebagai juara selepas 38 perlawanan. Kejuaraan tersebut yang kedua buat The Citizen selepas kali pertama pada 2011/12. Liverpool pula sekadar berpuas hati di tempat kedua hanya dibezakan dengan dua mata manakala Chelsea pula di kedudukan ketiga. Arsenal pula berjaya melengkapkan slot empat terbaik untuk beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah musim hadapan.

Namun, koleksi 102 gol milik Manchester City masih belum mampu untuk mengatasi rekod milik Chelsea yang mencatatkan 103 gol pada musim 2009/10 namun setidak-tidaknya statistik itu cukup menarik. Malah, Liverpool yang berada di tempat kedua pula turut mengumpul 101 gol dalam 38 perlawanan liga musim ini. Berikut merupakan rekod dan statistik yang dicatatkan sepanjang Liga Perdana Inggeris musim 2013/14.

 Gol terpantas : Asmir Begovic (vs Southampton) -12 saat

Kemenangan terbesar : Manchester City 7 – 0 Southampton

Gol terbanyak dalam satu perlawanan : Man City 6 – 3 Arsenal, Cardiff City 3 – 6 Liverpool

Pasukan dengan jumlah gol terbanyak bagi semusim : Manchester City (102 gol)

Pasukan yang mencatatkan bolos terbanyak bagi semusim : Fulham (85 gol)

Clean sheet terbanyak : 16 perlawanan (Wojciech Szczesny dan Petr Cech)

Pasukan yang mencatatkan clean sheet terbanyak : Chelsea (18 perlawanan)

Rekod tanpa kalah paling lama : Liverpool (16 perlawanan)

Penjaring terbanyak : Luis Suarez – 31 gol (Liverpool)

Assist terbanyak : Steven Gerrard – 13 assist (Liverpool)

Pemain dengan kad kuning terbanyak : Pablo Zabaleta (11)

Pemain dengan kad merah terbanyak : Wes Brown (3)

Pasukan dengan kad kuning terbanyak : Aston Villa (78)

Pasukan dengan kad merah terbanyak : Sunderland (7)

Penonton terbanyak : 75,368 – Manchester United v Aston Villa

Penonton tersedikit : 19,242 Swansea City v Stoke City

Purata penonton setiap perlawanan : 36,657 orang

Incoming search terms:

  • rekod liga perdana inggris
This entry was posted in EPL and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply