[CORETAN] KEPUASAAN TERBAIK SAYA BERSAMA ARSENAL – JENKINSON

Carl-Jenkinson-celebrate-goal-vs-Norwich-CityCarl Jenkinson mengakui bahawa jaringan pertamanya untuk Arsenal sebagai kepuasan yang terbaik di dunia. Pertahanan muda England berusia 22 tahun itu berjaya menjaringkan gol kedua The Gunners dalam perlawanan terakhir liga menentang Norwich City pada minit ke-62 selepas menyambar bola biasan daripada Lukas Podolski. Gol tersebut merupakan jaringan pertama Jenkinson selepas 57 perlawanan bersama Arsenal.

Anak kelahiran Harlow, England sememangnya membesar sebagai penyokong The Gunners namun memulakan karier awal bersama akademi bola sepak Charlton Athletic pada 2007 sebelum melengkapkan perpindahan ke Stadium Emirates pada Jun 2011 dengan yuran perpindahan dianggarkan bernilai £1 juta. Jenkinson mengakui jaringan tersebut cukup bermakna buat dirinya dengan meraikan penuh bersemangat di hadapan penyokong-penyokong.

“Ia mengambil masa tetapi saya akhirnya mencapaikannya,” kata Jenkinson selepas menjaringkan gol pertamanya untuk Arsenal.

“Sejak kecil lagi, saya merupakan seorang penyokong Arsenal. Saya telah menjaringkan lebih 100 gol di taman permainan belakang rumah saya dan suka meraikan seperti berada di hadapan penyokong.”

“Saya telah melakukannya (menjaringkan gol) hari ini dan itu merupakan kepuasan terbaik dalam dunia. Saya rasa itulah sebab mengapa anda bertanya mengenai cara saya meraikan gol itu.”

“Saya seorang pemain pertahanan, jadi saya menjaringkan banyak gol. Saya berharap ini satu permulaan dan saya akan menjaringkan gol lagi.”

Carl Jenkinson sepatutnya memperoleh gol pertamanya bersama The Gunners pada 30 Oktober 2012 ketika Arsenal menewaskan Reading 7-5 dalam saingan Piala Liga, Namun jaringan tersebut diberikan kepada Theo Walcott selepas percubaannya sudah melepasi garisan gol tetapi dikeluarkan oleh pertahanan Reading yang singgah di kaki Jenkinson lalu melepaskan satu sepakan yang terus menerjah gawang.

“Sejujurnya, saya sudah separuh gembira selepas gol itu (menentang Reading) tidak diberikan kepada saya kerana ketika saya berada menjaringkan gol tiada siapa yang tahu mengenai penjaring gol itu,” kata bek kanan berusia 22 tahun itu.

“Tiada persoalan mengenainya kerana suatu hari nanti saya akan meraikan gol saya sendiri. Saya masih belum memeriksa (mesej) saya lagi. Saya pasti salah satu daripada mesej itu datang dari orang tua saya atau rakan baik saya.”

“Saya rasa orang-orang disekeliling saya tahun saya mahu mencatat nama sebagai penjaring gol untuk sekian lama dan ini sesuatu yang hebat. Saya seperti berada diawang-awangan,” kata Jenkinson lagi.

This entry was posted in Coretan and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply