[CORETAN] KEJUARAAN PIALA FA INI UNTUK PENYOKONG – WILSHERE

Jack-Wilshere-with-FA-Cup-trophy-2014Kejayaan Arsenal merangkul kejuaraan Piala FA musim ini telah memberi kegembiraan yang luar biasa kepada Jack Wilshere. Dalam perlawanan akhir Piala FA 2014, Arsenal berjaya bangkit dari ketinggalan 0-2 sebelum menundukan Hull City 3-2 di Stadium Wembley semalam. Kejayaan ini cukup bermakna buat The Gunners apabila berjaya menamatkan kemarau kejuaraan sejak 9 tahun yang lalu.

Trofi Piala FA itu merupakan kejuaraan pertama Wilshere bersama The Gunners sejak mendapat debut dalam skuad utama Arsenal pada 13 September 2008. Anak kelahiran Stevenage, England itu menyertai akademi Arsenal ketika berusia 9 tahun dan berjaya menjulang Piala FA Remaja serta Liga Perdana Inggeris Remaja pada musim 2008/09. Bintang muda England itu turut mendedikasi kejuaraan Piala FA 2014 kepada penyokong-penyokong setia Arsenal.

Arsenal-celebration-vs-Marseille-2013“Ini sesuatu (perasaan) yang luar biasa. Saya pernah memenangi Piala FA Remaja tetapi ianya benar-benar berbeza. Dan semua ini istimewa untuk penyokong-penyokong,” kata Wilshere kepada BBC Sports.

“Kalian boleh melihat setiap kali tamat perlawanan di mana terdapat pemain kami yang tercedera. Namun mereka akan terus bertahan dan berjuang. Mereka seharus mendapat pujian. Ini bukan perkara mudah untuk terus bermain seperti itu.”

“Sudah hampir 9 tahun penyokong-penyokong menunggu – mereka sentiasa memenuhi Stadium Emirates dan semua ini (kejuaraan Piala FA) untuk mereka,” kata pemain muda England berusia 22 tahun itu lagi.

This entry was posted in Coretan and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply