[CORETAN] LIAM BRADY IMBAS KENANGAN BERSAMA AKADEMI ARSENAL

Liam-Brady-ex-Arsenal-Head-Youth-DevelopmentLagenda Arsenal, Liam Brady yang bakal melepaskan tugasnya selaku Ketua Pembangunan Remaja Arsenal hujung musim ini mengimbau kembali detik-detik sukar dan pengalaman sepanjang tugasannya itu. Liam Brady yang juga merupakan bekas pemain The Gunners turut mengakui kejayaan skuad bimbingan Arsene Wenger turut disumbangkan oleh kejayaan dan keberkesanan sistem pembangunan remaja Arsenal.

“Selepas George Graham meninggalkan (Arsenal), kelab menghadapi kesukaran di mana Ketua Pembangunan Remaja Arsenal belum lagi dipisahkan dari jawatan pengurus pasukan. Jadi, saya telah ditugaskan untuk menguruskan struktur kelab untuk masa hadapan,” kata Brady mengimbas kembali pengalamannya menyertai pengurusan Arsenal pada 1996.

“Ketika itu, saya hanya mempunyai kertas kosong. Terlalu sukar untuk saya mulakan tetapi saya berusaha untuk maju ke hadapan dan kami mula mendapatkan pemain-pemain muda. Saya mengambil masa lebih setahun atau 18 bulan untuk mencari jalan terbaik tetapi tugas sebenar saya ialah mendapat seramai mungkin pemain-pemain muda yang bagus ke dalam kelab.”

wilshere-frimpong-arsenal-academy“Secara kebetulan, situasi ini seiring dengan ketibaan Arsene (Wenger) dan dia sangat terbuka dengan apa yang kami lalukan tetapi juga tidak hanya merekrut bakat di United Kingdom sahaja. Itulah sebab mengapa anda melihat ramai pemain muda dari negara Eropah sekitar usia 16 tahun dibawa masuk.”

“Saya mencari staf saya sendiri dan David Court menyertai kami kerana dia pernah berkerja untuk Steve Rowley dalam tugasan untuk pembangunan pemain-pemain remaja. David (Court) telah mempelawa diri dan kami terus menerimanya dan dia merupakan orang tepat untuk bergandingan bersama-sama saya.”

“Segalanya berjalan lancar dan kami gembiran dengan apa yang telah kami lakukan. Roy Massey kemudiannya menyertai kami dalam urusan pembangunan pemain muda di Hale End dan dia juga telah melakukan tugasannya dengan hebat. Ramai pemain-pemain telah dilahirkan daripada sistem kami dan membantu mencipta karier pemain dengan baik.”

arsenal-beat-athletic-bibao-nextgen-series“Di kelab besar seperti Arsenal, jelasnya sukar untuk memberi peluang kepada pemain muda dari skuad remaja ke dalam skuad utama kerana kami beroperasi di tahap tertinggi  dalam Liga Perdana Inggeris dan saingan bola sepak Eropah.”

“Sebagaimana yang kita tahun, Arsene (Wenger) tidak pernah terlepas beraksi dalam Liga Juara Eropah. Jadi, segalanya sangat sukar. Kami telah melahirkan ramai pemain tetapi yang paling diingati ialah Ashley Cole. Tiada pemain yang berjaya memberi impak seperti yang dilakukan oleh Ashley – dia kekal sebagai seorang pemain yang hebat.”

“Oleh itu, jangan kita lupakan ramai pemain-pemain yang dilahirkan menerusi akademi kami yang kini bermain dalam empat liga utama di England. Jika anda adalah West Ham atau Southampton yang telah melahirkan ramai pemain-pemain muda yang bagus ketika, terdapat kurang tekanan  dan peluang yang banyak untuk pemain muda beraksi.”

“Saya sangat bertuah kerana berkerjasama dengan Arsène Wenger. Dia telah menyediakan platform untuk memberi peluang kepada pemain-pemain muda dan itu secara tidak langsung membantu tugasan saya,” kata Brady lagi.

This entry was posted in Coretan and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply